Saturday 24 May 2014

Ortho 2 : POP

POP tu bukan gula gula yang meletup letup kat dalam mulut mahupun benda kecik bulat ala ala mercun versi benign yang kita main di kala menjelang hari raya yang kita baling meletup tu ye.. but POP stands for plaster of paris... Sebelum masuk ortho tak tau pun kewujudan nama plaster of paris yang sedap itu... Ini bermakna betapa ceteknya ilmu saya sebelum ini haha..
     Nak cerita pengalaman kita di bilik POP waktu posting ortho ni... Sangat tak best duduk kat bilik POP sorang sorang dengan MA2 yang ada kat situ.. Kenapa tak best awak tanya? (Ceh macam ada orang tanya la konon, padahal bermonolog sendirian je ni heee...)
      Hmmm, tak best sebab kita rasa diorang sangat la tidak menghormati orang lain... Cakap Dr tu lembab la, Dr tu inila, Dr ni itula.. Hmmm Diorang berkata seolah-olah merekalah yang mengetahui segala ilmu pengetahuan yang berada di muka bumi ni... Kita tau diorang memang pakar dalam bidang POP ni dan berniat nak mengajar orang lain.. tapi tak boleh ke mengajar dengan elok tanpa mengeluarkan perkataan yang tidak sedap didengar di telinga orang lain.. Ajar elok elok kan boleh.. macam mana orang lain nak respect diri anda kalau anda tidak tahu nak respect orang lain?
      Hari tu, ada sorang MA ni tanya mentor kita sape, and kita cakap la P.K and Ms. Ar. and dia pun jawab nasib baik sebab kalau anak murid Mr. S da kena halau dah dgn saya... tergamam diriku seketika... Tapi tak boleh la macam tu, disebabkan Mr. S pernah marah dia, so dia nak halau mentee Mr. S pulak, habis tu diorang nak tengok POP kat mana lagi?
      Pastu waktu oncall semalam, ada HO mintak tolong MA tu wat kan Robert Jones bandage. Pastu dia suruh HO tu cuba wat sendiri.. Kita tau dia nak suruh Dr tu experience wat sendiri tapi tak boleh ke tunjuk elok elok.. Ini tak, da la suruh orang yang tak pernah buat untuk buat pastu cakap tak cantik la, tak kemas la, kalau saya buat lagi ok la.. tapi masalah nya mana boleh anda nak compare diri anda tu yang dah bertahun buat kerja tu dengan orang yang first time nak buat, meme la anda punya akan lebih cantik, kemas dan ok daripada Dr tu punya... Jangan la treat orang lain tu bodoh dan jahil sangat..
      Manusia ni bukan nyer tau semua benda, disebabkan anda pun manusia juga, maka tak de lah besar mana pun ilmu pengetahuan anda kalau nak dibandingkan dengan pengetahuan Allah Taala.. Tak boleh la kita nak memandang rendah orang lain disebabkan kita ni pakar dalam sesuatu bidang tu.. Ingatlah bahawa semakin banyak ilmu yang dituntut semakin sedikit ilmu yang diketahui... Ini adalah kerana ilmu pengetahuan tiada batasan...
      Bersyukurlah kerana Allah mengurniakan memori kepada kita yang membolehkan kita mengingati ilmu... Semoga Allah sentiasa menguatkan memori kita dalam menuntut ilmu...

Ortho 1...

Hmmm Da masuk posting ortho ni rasa busy giler... huhu penat la.. Tapi banyak betul pengalaman baru yang kita dapat dari posting ni..
Waktu awal awal kita masuk posting ni memang kita tak boleh terima sebab rasa sedih sangat...
Kalau patient masuk wad sebab diabetic foot ulcer, pastu wat wound debridement tapi after a few days become infected la pulak... pastu wat lagi wound debridement... pastu necrosis la pulak... pastu kena wat below knee amputation... Rasa sedih sangat2 sebab patient datang dengan ulcer yang kecik tapi last last kena amputate kaki... kita rasa kalau kita yang berada di tempat patient tu memang kita tak boleh nak terima... Sayangnya kaki kita nak kena potong huhu..
Tapi tapi kita terlupa yang anggota badan kita ni adalah nikmat daripada Allah dan ianya hanyalah pinjaman sahaja kepada kita... Kita terlupa untuk bersyukur dengan nikmat Allah ni yang masih membenarkan kita untuk berjalan dengan sempurna and solat dengan sempurna... Kita terlupa, kita ingatkan anggota badan kita ni kita yang punya padahal Allah berkuasa untuk menarik nikmat ni bila bila masa jer... So hargailah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...
Tiada orang yang meminta untuk jatuh sakit, tetapi anggaplah ianya sebagai penghapus dosa yang telah kita lakukan dahulu... Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang Allah datangkan dengan ujian sakit...


Thursday 24 October 2013

Minggu ni..

Disebabkan esok cuti kan, so kt berpoya2 sebentar untuk tulis blog ni.. walaupun kt ada exam jumaat ni tapi masih lagi tak sedar diri haha..
Kt rasa sangat bertuah dapat group dengan kawan2 yang sangat sesuai dengan kt, sebab ada certain orang tu memang kt tak boleh nak ngam langsung, tp alhamdulillah kt boleh jer kawan dengan group yang sekarang ni.. yeay.. Tapi tapi next week akan ada student mesir masuk group ktorang.. so kt takut la tak leh ngam dengan diorang nanti.. huhu..
Ok nak cerita pasal minggu ni, aritu kt beli tudung baru, colour warna warni, purple pink kuning.. so ari Isnin aritu kt pakai la tudung tu dengan baju kurung purple yang plain.. sekali petang tu ada common lecture la pulak.. sekali kat kelas ada la makhluk Allah sorang tu tiba2 je cakap " kau tau tak tudung kau ni tak sesuai langsung dengan baju kau ni" (Dengan nada yang sinis dan annoying).. My response "So.."
So apehal kau tiba2 nak cakap camtu kat aku hah.. da la cakap kau aku dengan kt.. tak suka betul..
Kt bukan nya rapat sangat kan, tak yah cakap pun la.. tak de orang tanya awak pun.. suka hati kt la nak pakai colour paddlepop ke, pelangi ke, colour blocking ke.. yang awak tu nak sibuk dengan tudung kt tu kenapa? kalau sakit mata tengok, tak yah pandang kt la, pandang je la depan fokus waktu Dr mengajar tu..
But then group mate kt backing kt, "eh sesuai la ni, ni kan ada purple ni, cantik je.."
So faham tak apa yang kt nak sampaikan di sini, kt nak sampaikan yang groupmate kt baik haha.. Nasib baik ada orang backing kt, kalau tak memang kena sumpah seranah la haha..
Tapi kt tak faham la, penting sangat ke nak matching2 colour ni, asal kemas, menutup aurat cukup la kan.. biar la kt nak pakai tudung warna warni camtu, bukan nya salah pun..
Okay next.. hehe semalam kan birthday kt kan, so waktu seminar semalam, diorang nyanyi lagu happy birthday untuk kt dalam kelas, so terharu hehe.. nasib baik sisters jer ada waktu tu, brothers sumer tak datang lagi.. heee mekasih :)
Pastu2, waktu abis kelas seminar ada sorang brother groupmate kt ni tertido, pastu budak laki sumer tinggal kan dia sorang2 jer, tak kejut pun dia.. eh jahat la korang ni, sian kat dia.. sampai hati.. pastu nasib baik ada sorang tu tak kuar lagi tolong kejutkan.. sisters sumer buat macam tak nampak jer, ye lah mesti malu kan.. maybe penat oncall malam sebelum tu la kot..
Sebenarnya ada banyak cerita lagi tapi lupa la pulak haha nanti kalau kt teringat nanti kt sambung lagi eh bye bye.. (bye bye kat sape entah, budget macam ada orang lain pulak nak baca haha)


Experience..

Yeay semalam first time kt dapat intubate patient.. so very the scary.. tangan shaking giler waktu tu.. nasib baik Dr tolong carikan vocal cord utk kt, kalau tak kt pun tak tau la camne huhu..
Pastu petang tu kt dapat intubate patient sekali lagi..  Kali ni da tak menggeletar sangat.. Tapi still takut kalau termasuk kat perut patient tu huhu..
Tapi kt rasa kt selalu bernasib baik, sebab rotation kt mesti dengan Dr UIA.. so mesti dapat wat banyak procedure..
Alhamdullilah, walaupun kt tak sebaik mana, dan sangat kerdil denganNya, selalu jer menjauh denganNya tapi still slalu jer dipermudahkan jalan untuk kt walaupun kt tau kt tak layak untuk dapat nikmat macam ni.. Betul orang cakap, doa ibubapa sangat mustajab.. I dont know what I will do without them huhu..
Aritu kat dalam kereta cerita2 pasal baju, kt cakap mama kt pandai jer jahit baju kurung tapi tak turun pun kat kita sebab kt malas nak belajar.. pastu ada sorang tu cakap, "kalau mak kt pulak tau je jahit baju tapi suka tempah kat orang.. kt cakap la, mak ni jahit je la baju tu kalau tempah kan mahal lagipun dia bukan nya buat apa2 pun kat rumah kemas rumah je pun.."
And I was like, what the (echeh, da pandai da kt sekarang guna ayat2 moden ni haha)..
Kt pun cakap la "eh awak ni bukan kemas rumah je la, nak kena masak, basuh pinggan, basuh baju, jemur baju, lipat baju, nak layan ayah awak lagi nak kena carikan baju, ironkan baju sumer.." and yang sorang lagi cakap "haah betul tu"
So apa yang kt nak sampaikan ialah, hargailah usaha ibubapa kt.. mungkin nampak mudah bagi kt sebab kt tak melaluinya, tapi kt tak fikir ke yang diorang da berpuluh2 tahun buat benda yang sama jer.. kalau korang belajar pun tanpa cuti langsung tak ke rasa tension dan geram dan menyampah dan lain2.. cuba bayangkan kena wat benda yang sama jer berulang2 kali setiap hari tanpa cuti.. tapi diorang tak mintak balasan pape pun, tak mengeluh pun.. so apa hak kt nak cakap camtu kat parents kt..
So kat sini nak cakap, Mekasih mama, love you sangat2.. terima kasih sebab selalu doakan kt kat sini heee... sorry tadi cakap nak call tp tak call la pulak sebab tiba2 terjaga dah pukul 2 haha..

The Me

Orang cakap kt nampak macam org yang baik.. tapi kt perasan yang kt ni sebenarnya dah berubah..
Kt dah tak sebaik kt yang dulu.. so kt rasa bersalah sangat berpura2 jadi macam orang yang baik..
So solution nya.. kena lah berusaha jadi lagi baik dari sebelum ni la kan?? haha..

Saturday 22 June 2013

Mimpi...

       Arghhh penat giler la, ni tak hilang pun lagi palpitation... Asyik kena mimpi perempuan kejar kita jer.. da la siap terbang terbang segala... pastu kalau sembunyi dia mesti dapat cari, sampai kita dah boleh ingat rumah tu macam mana dah... benci la camni...
        Tu la saper suruh tido lepas asar, kan dah mimpi yang pelik pelik... tapi asyik mimpi itu jer kalau tido waktu asar, cuba la mimpi makan durian ke pizza ke udang galah ke ketam ke, seronok la sikit... ni camne ni, palpitation tak hilang hilang pun lagi ni.. huhu penat la...

Saturday 16 March 2013

Puberty...

Aritu kita kena wat seminar puberty, pastu waktu tengah cari cari gambar untuk slide, terjumpa banyak gambar gambar yang kelakar hehehe...

Gambar gambar ni sumer pasal JB.. nape entah orang tulis camtu pasal dia... sian, tapi kelakar heee...


Yang gambar2 ni pulak tunjuk perbezaan diorang waktu kecik ngan besar





Pastu kita terjumpa gambar ni... wow hensemnyer, pastu kita pun heran ni sape... rupanyer ni la budak yang berlakon jadi Neville Bottom kat Harry Potter tu... hensem kan hensem kan...




Ok tu jer yang nak tunjuk... bosan la tak de orang pun kat bilik... kita duk sorang2 jer huhu...