Sunday, 10 April 2011

Bosannyaaaa....

Alamak alamak saya pun telah menjangkit penyakit kemalasan ini... kenapa rasa malas sangat ni... rajin silalah datang kat sini supaya saya boleh jadi lebih rajin... sila datang dengan cepat yer sebab banyak sangat lagi yang kena baca ni huhu....
Hurmmm hari ni nak feeling sedih pulak la hehe...
Huhu sedihnya tapi ni mesti la bukan kita sebab love kita ada banyak hehe...
Huhu kita suruh rajin yang datang rupanya ngantok yang tiba dulu ngeh ngeh ~o~zzzz....

Saturday, 9 April 2011

Hari minggu...

Pagi ni kita terbangun lambat, pastu ternampak ada message dari kakakku yang mengajakku keluar breakfast pukul 7.40... tapi kita rasa bersalah sangat menolak ajakan itu... sowi yer kakyu tak gi sama dengan kakyu.huhu.. 
Kita ngantok sebenarnya sebab semalam kita tidur lambat sebab habiskan melukis parasitology punya sketch book...da jadi macam buku mewarna pulak sketch book tu... pastu Lepas solat Subuh sambung balik tido heee....
Oppsss lupa pulak... aritu entah macam mana entah boleh terjumpa quote ni heee... comelnya, kita da cair da...

Comel kan, comel kan... haha cuba bayangkan kalau Ashraf Muslim cakap camtu kat kita, mesti da pengsan da heeee...

Heee yang ni pun macam comel gak kan hehe...

Heee itu jer yang kita nak sampaikan...
P/S: semalam hari Jumaat ramai yang berbaju melayu dan bersongkok dan bersampin... heee nampak smart jer semua... lain kali silalah pakai setiap hari yer, boleh kita cuci mata selalu hehe....

Ok masa untuk sambung belajar~~

Sunday, 3 April 2011

Motivational talk from Prof Muhaya...

Ok first time tau kita jadi comitee... heee rupanya best jugak kan jadi comitee ni... tapi tu la yang tak best nya, tak dapat dengar sangat talk tu... tapi memang best sangat talk... rugi kalau tak pergi tadi hehe...
Ok kt nak kongsi sikit apa yang kita dengar kat talk tadi...
Prof kata kalau kita dikutuk oleh orang, bermakna kita pernah mengutuk orang...
Kalau kita dibenci oleh seseorang bermakna kita pernah membenci seseorang...
So the three important words here are GET, GIVE, HAVE...
If we get negative, it means that we have given negative because we have negative...
Faham ke?? Apa yang kita maksudkan ialah, kalau ada orang berfikiran negatif mahupun berbuat jahat pada kita bermakna kita pernah berfikiran negatif dan berbuat jahat pada orang lain kerana kita berfikiran negatif dan berhati jahat...
Whats inside our heart will be reflected by our own actions... Maksudnyer kalau kita suka buat jahat maknanya kita berhati jahat... kalau kita suka buat baik maknanya hati kita pun baik jugak...
So kat sini tak boleh la kalau kita nak cakap kalau orang tu wat jahat maknanya hati dia baik... Eh macam berbelit pulak hehe...
Sebenarnya tujuan kita tulis ni sebab kita harap seseorang orang tu baca blog kita ni...
Kata Prof., seseorang yang suka mencari alasan adalah golongan orang yang losers, keladak kehidupan, ego, mediocre (betul ke eja ni yer?? hehe) dan lain lain...
Contohnya, kalau kita terlambat gi kelas atau ke office kita akan mencari alasan seperti, kereta rosak, beg kena ragut, traffic jam dan lain lain, tetapi kita tak pernah lak nak menyalahkan diri sendiri dan berubah...
 Contoh yang lain pulak, kalau seseorang tu tak berjaya dalam kehidupan, dan dia bagi alasan semua ni berlaku sebab parents bercerai... kenapa kita nak salah kan benda yang telah berlaku... bukannyer boleh wat pape lagi da... sepatutnya kita salahkan diri sendiri sebab kita tak wat yang terbaik dan start cuba wat yang sebaik mungkin untuk berjaya dalam kehidupan...
Why is it that people kept blaming others for their own fault... they tend to find reasons for their problems... do they want to keep living in the past... Instead they should muhasabah diri and reflect back what they have done and try to improve and do their best in their life... If they kept blaming and blaming others, when is it that they will try to perform in their life... 
ok contoh laen, ada la seorang adik ni kata:
kamu ade life yg perfect !
ade mak bapak .
ade adik beradik yang boleh share2 masalah .
yang boleh slalu connected .
apetah lagi saya ?
yang adek bradek berterabur sana sini .
Kenapa kita nak salah kan orang lain atas kebahagiaan yang orang lain ada...
Kenapa kita nak bandingkan kelebihan orang lain dengan kekurangan diri kita..
Kenapa kita tak boleh bersyukur kerana Allah telah mengurniakan adik beradik kepada kita...
Kenapa kita tak nak salah kan diri sendiri adik beradik kita berterabur...
Bukan ke tu salah kita sendiri... kenapa tak try get connected dengan diorang... kenapa kita sendiri yang biarkan diorang tu berterabur... 
Next, seperti yang telah kita tulis tadi, get, give, have...
Adik cakap: tapi smpai kutuk2 and highlight nme saya tu , dikira aib?
Kalau kita rasa kita diaibkan oleh seseorang, bermakna kita pernah mengaibkan seseorang... sebab what goes around comes around kan....
Maknanya tak leh la kalau kita nak cakap: this is my first time , i've done a mistake ...
Owh menipu sangat la tu... x pernah wat mistake sebelum ni... seriously ke...   ada orang ke yang tak pernah wat mistakes... As you said : nobody's perfect .... So how can you said that, its your first time doing mistake... As a  normal human being, they will do mistake, in fact many mistakes... kalau tak macam mana nak improve kan diri sendiri kan as people learned from their mistakes... lain la kalau adik ni alien tu, akak tak tau la kan...
hmmm Tak faham betul la...
And you also said: macam saya ni dah biase sgt buat dosa ...eh tak betul ke tu dik... akak sendiri pun selalu wat dosa... Adik tak biasa wat dosa ke... contohnya tengok aurat orang yang bukan mahram, zaman sekarang ni ramai sangat la yang suka menyeksa kan diri... kalau kita jalan jalan sikit ada jer la orang pakai seluar pendeknya, pastu nampak pulak aurat diorang tu, kan dikira berdosa tu... haaa tu tak cerita lagi kalau kat tv tu lagi banyak aurat terdedah, jangan cakap adik tak tengok tv pulak kan...
Contohnya kalau kita tinggal solat, berdosa jugak tu... Kalau kita cakap Ah kat ibubapa kita pun berdosa jugak dik... So akak nak cakap, kita setiap detik dan saat akan membuat dosa... sepatutnya kita kena cakap camni: saya da banyak kali wat dosa  dan saya berdoa Allah akan mengampunkan dosa dosa saya...
Ini tak, mana boleh lak kita deny yang kita tak selalu wat dosa dik... adik nak tipu kat sape ni dik, kat manusia boleh la tipu, tapi Allah sentiasa lebih tahu apa dosa yang kita wat...
And also you said that: dan Tuhan tu Adil .
Dia cakap , jangan ungkitkan kesalahan yang telah dimaafkan .
sebab itu haram .
Ha tu betul tu dik, akak setuju sangat... tapi yang satu akak tak faham sebab lepas tu adik cakap : saya sentiasa maafkan anda walaupun anda tak minta ...
Eh bukan adik pun sedang mengungkit jugak ke tu sebab adik da maafkan da tapi still tulis kat blog adik tu... so kiranya adik wat sesuatu yang haram la ek ni... so kiranya ni mistakes yang kedua adik la kan??
See, see my point kan... kita akan wat mistakes tanpa kita perasan...  
Ok la sorry yer kalau sesiapa terasa tu, sebab siapa yang tak makan cili, tak kan terasa pun pedasnya...
Sekian

Friday, 1 April 2011

Jom teka lagu...

Ok cuba teka ni lagu apa... JENG JENG JENG...

Ku semai kasih
Di halaman kontang
Jenuh aku membaja
Tunasnya layu jua

Berkali ku ucap
Ingin memilikimu
Kini baru ku tahu
Semua itu mustahil bagiku

*Oh....
Tidak tergambar....
Hati yang terbakar....
Zahir tak menentu
Batin lebih dari itu...
Ohhhh.......
Hanya wajahku terlukis ketenangan
Sedangkan di dalam hati berkocakkan
Kalau itulah semua
Potretmu lumat di genggaman...
Oh....
Andai ku tahu....
Pahitnya hempedu...
Tidak mungkin aku menjadikan santapan....
Oh....oh....
Begitulah boleh ku umpamakan
Bercinta denganmu tinggalkan kesan
Menyesal dan terkilan
Tak putus berlegar kekalutan fikiran

Cuba kau tanya
Diri sendiri
Apa perasaanmu
Kalau aku lakukan begitu
Disaat engkau
Masih memerlukan aku....

Ni mesti ingat lagu 'Yang kalut difikiran' kan... tapi salah sebab lagu ni lagu khas untuk semut yang sangat banyak di bilik ku yang sentiasa akan menghurung serta berenang-renang di dalam air soya bean mahupun air teh dan segala macam air di bilik ku ini... huhu sayang ok kat air air tu semua... sampai hati betul la semut ni tau huhu...

Ok next song, mesti tak dapat teka punya la lagu ni hehe... JENG JENG JENG...

You are hiding your grief..
And I bow my head..
You are quiet and I am silent..
Who shall anyone reason with..

These distances do us apart..
Meeting again might not be possible again..
These distances do us apart..
Meeting again might not be possible again..

It's true, I have hurt your heart..
But I always wondered..
Why does the heart grieve..
Why are the eyes moist..
That which was to happen is happening..

Let's forget about it..
For no trace of this might remain tomorrow..
Every moment here, live to the fullest..
This is the moment, for tomorrow might never be...

So dapat teka tak lagu apa... mesti rasa sangat bercelaru kan ayat dia kan hehe...
Lirik dia bercelaru sebab lirik itu adalah direct translation daripada bahasa asal dia... heeee kita amik sari kata untuk lagu 'Kal Ho Na Ho' hehe 
Heee kt saje jer letak lagu hindustan ni sebab tetiba rasa macam nak layan lagu hindustan la malam ni... Jom layan... hehehe...

Tuesday, 29 March 2011

Tepati masa...

Saya sangat tidak gemar dengan orang yang tidak menepati masa... Please la, klau tak jadi plan tu cakap awal awal boleh tak... klau sekali dua tak pe... tapi ni setiap kali macam tu... ish menyusahkan orang je ok...
ari sabtu aritu adala orang tu, da setuju and plan nak gi makan satu group hari selasa... so semua pun ok jer la kan... pastu semalam group Pbl nak celebrate birthday ari selasa gak... so kita katala kita x boleh join sebab da ada plan dulu da nak keluar hari selasa so disebabkan itu mereka membatalkan birthday surprise pada hari selasa...
Selepas habis kelas, ketika berehat rehat di bilik, kemudian saya pun telah mendapat perkhabaran bahawa plan itu telah ditundakan... itu pun nasib baik kawan kita call orang tu tanya jadi ke tak... cuba kalau tak tanya, nanti klau da siap siap semua sekali baru tau x jadi kan lagi geram... kt x kisah pun kalau tak buat pun kuar makan sama sama tu... tapi atleast bagitau awal awal la kalau tak jadi... Kalau tak, takde la kita tundakan birthday surprise tu...
Pastu yang wat kita geram tu sebab orang tu suka wat macam ni... contohnya dia janji pukul 10 malam wat perjumpaan, pastu tunggu punya tunggu, pukul 10.45 baru tiba...  pernah sekali tu dia janji pukul 9, orang da siap siap, pastu kul 9 baru message kata tunda kul 9. 30... ada tu pulak janji kul 8, pastu orang semua da datang da, pastu kul 8.10 baru nak bagi message kata dia lewat 10 minit, last last 8.35 baru tiba... ada sekali tu lagi geram, janji kul 10, kul 10 semua tiba, tunggu punya tunggu punya tunggu da sampai 10.30, tak tiba tiba gak... last last ada kawan kita call orang tu, orang tu dengan selambanya cakap perjumpaan dibatalkan dan dia lupa nak bagitau... sowi yer walaupun anda memakai tudung labuh dan berpudah, terus hilang respect saya kat anda... sila tepati masa yer kerana masa itu sangat penting dan jangan sesuki jer nak waste kan masa orang dengan menunggu anda yang tidak pandai menepati masa itu... maaf la saya mengungkit disini... jangan yer terasa hati kerana semua ni adalah kenyataan tentang perbuatan yang telah anda lakukan... sekian

Jom bercerita...

Pada suatu hari Murid 1 ternampak seorang Murid A yang baik lagi handsome lalu Murid 1 pun tersuka la kat Murid A itu walaupun tidak mengetahui nama murid A itu... Setelah beberapa tahun, Murid 1 berada di kelas yang sama dengan murid A dan murid A selalu membantu murid 1 ketika disoal rakan lain... semakin lama semakin suka lah murid 1 dengan murid A...
Pada masa yang sama murid 1sangat rapat dengan murid 2, dan lalu mereka berkawan baik... mereka sentiasa bercerita masalah dan berita gembira sesama mereka... 
Pada suatu petang, murid 2 datang ke bilik murid 1 dengan wajah yang sangat gembira... lalu murid1 bertanya punca kegembiraan murid 2 itu... murid 2 berkata bahawa seseorang yang dia sukai telah menegur dan berbual bersamanya... lalu murid 1 bertanya lagi, siapakah gerangan jejaka itu... murid 2 berkata bahawa dia segan untuk memberitahu murid 1 dan menyuruh murid 1 untuk meneka... murid 1 meneka Murid A... tetapi murid 2 mengeleng kepala... Murid 1 meneka Murid B, Murid C, dan Murid D... Murid 2 tetap menggelengkan kepalanya...
Keesokan harinya Murid 2 berjumpa lagi dengan murid 1 dengan wajah yang sangat ceria... lalu murid 1 bertanya punca keceriaan murid 2 itu... murid 2 berkata bahawa seseorang yang dia sukai telah menegur dan berbual bersamanya lagi pada hari itu... kemudian murid 1 meneka murid A adalah jejaka yang murid 2 maksudkan... lalu murid 2 tersenyum dan tersipu malu...
Semenjak mengetahui perasaan Murid 2 kepada murid A, murid 2 berfikir bahawa murid 2 lebih layak kerana kecantikan dan kepandaian Murid 2 daripada murid 1, dan berazam untuk melupakan murid A... hari demi hari hubungan murid 2 semakin rapat dengan murid A... Murid 2 akan selalu bercerita kepada Murid 1 setiap perbuatan murid A... Murid 1 berasa senang melihat murid 2 berasa gembira... tetapi setelah beberapa lama, timbul perasaan iri murid 1 dengan murid 2... JENG JENG JENG...
Ok jadi disini kita nak bagi nasihat la kan kat murid 1 tu... ala lek la,x yah la nak iri iri ni... x elok... heee ramai jer lagi jejaka kat kelas tu kan hehe... lagipun bukan ke kita datang kat sini sebab nak belajar kan, jadi tak payah la nak suka suka kat orang ni, nanti tak dapat concentrate belajar lak nanti ok... furthermore kita rasa tak salah pun kalau nak suka kat orang juz suka suka jer... besides kan coupling tu haram, so kalau orang tu suka balik pun bukannya boleh wat pape pun kan hahaha... Sekian

Friday, 25 March 2011

Ketika di lecture...

Kekadang saya berasa sangat bosan sementara menunggu lecturer masuk ke lecture hall... lalu terciptalah lukisan rakan rakan disekeliling saya... dan disebabkan kamera yang digunakan tidak berkualiti, maka gambarnya pun tak berkualiti juga la... heeee saje je nak share gambar yang kita lukis...

Ini adalah rakan di hadapan kiri saya...
Ini juga rakan yang lain di hadapan kiri saya...


Dan yang ini rakan yang berada di hadapan kanan saya...
 
Ini pula rakan yang berada di kiri saya...
Dan ini pula adalah saya... comeyl ek heeee.... saya masih lagi sempat berposing ketika gambar saya dilukis oleh diri sendiri heeee...