Sunday, 17 June 2012

Anniversary...

Hari tu kat kelas, kita terdengar ada la student A tu cakap ngan student B... well nak wat camne kan, kita kan suka eavesdropping ni... student A tu wish happy anniversary kat student B tu sebab dah 2 tahun bersama dengan boyfriend dia...
So kita just nak bagi pendapat kita je la kat sini... kita rasa tak perlu la kot nak sambut2 anniversary antara bf dengan gf ni... kenapa lak kita rasa camtu?? 
Yang pertama, dalam Islam takde pun istilah couple antara gf ngan bf ni... tapi kalau kita cakap camtu orang cakap kita kolot pulak kan... tapi takpelah kita nak jugak rasa camtu heee...
Yang kedua, kenapa nak berbangga sangat bercouple lama2 ni... kalau da kawin tak pe la jugak...
Yang ketiga, baik sangat ke bercouple ni sampai anniversary pun nak sambut...bukan ke sepatutnya kita jadi malu kalau orang lain tau kita ada boyfriend... bukan ke kita akan sorok2 supaya orang tak tau kita dah ada boyfriend... tapi kenapa orang zaman sekarang ni kena heboh2 kan benda2 cenggini ek...
Ok fine, maybe kita sorang je la kot rasa camtu hehe... tapi lepas kita renung2kan dan fikir2kan, bukan ke kita sepatutnya husnuzon kat orang lain... hmmm contohnya...
Yang pertama maybe diorang sambut anniversary tu sebab couple tu rasa bersyukur kerana masih mampu untuk bertarung dengan nafsu masing2 dan still tak jatuh dalam kancah kemaksiatan...
Yang kedua, maybe diorang rasa bersyukur kerana iman diorang masih kuat sebab dapat mengelak segala bisikan syaitan yang mengajak manusia untuk melakukan maksiat...
Dan maybe jugak diorang sambut anniversary tu supaya boleh mengingatkan diorang yang sudah tiba masanya untuk mendirikan masjid pulak kot hehe...
Apa2 pun kita harap kita tak macam tu... hmmm tiba tiba teringat aritu tengok Ustaz Azhar kat youtube pasal bersangka baik ni... Ustaz Azhar cakap kalau darurat, lelaki boleh pegang perempuan... contohnya kalau ada perempuan tu lemas and if the guy know how to swim, wajib untuk orang tu gi selamat kan perempuan tu... contoh lain pulak kalau kat hutan ada lelaki tu tengah naik motor pastu nampak ada perempuan tu tengah kena kejar harimau, takde masalah kalau the guy nak tarik perempuan tu naik atas motor dan peluk kemas2 and then bawak lari sebab tengah darurat... so kita kena selalu husnuzon... contohnya kalau kita ternampak ada couple tengah berpeluk atas motor, maybe diorang tengah kena kejar oleh sang harimau la kot hehe... ok, kita sampaikan sangat tak best... kalau dengar ustaz Azhar sendiri lagi best hehe...
Hmmm tu je la kot yang nak disampaikan... ni selingan je ni sebab nak hilangkan ngantok jap... ok back to the notes again huhu... ~sekian~...

Saturday, 16 June 2012

Cinta??

Hari tu kita ngan rumate kita ada gi satu talk ni... tajuk dia 'When I see you my heart beats...' pastu rumate kita pun sambung when I don't see you, my heart still beating... pastu kita lak sambung, so as a conclusion, you meant nothing to me... hehe just nak cakap, tajuk tu macam salah jer... pastu nyer wat la when i see you, my heart beats faster ke... ok itu bukan apa yg nak disampaikan di sini yer...
Tetiba jer pulak terpanggil nak share apa yang kita dapat dari talk tu... Antaranya adalah:
pasal solat istikharah... aritu usrah kita cakap jugak pasal solat istikharah... sebenarnya solat istikharah ni kita wat waktu kita nak wat keputusan... dulu dulu waktu zaman rasulullah dulu, para sahabat selalu wat solat ni, even waktu nak beli barang pun diorang wat jugak... wah kagum giler kan... tapi zaman sekarang orang wat utk jodoh dan bila nak wat keputusan yang besar besar jer... tapi sebenarnya sangat bagus kalau wat solat istikharah ni setiap hari, sebab tiap tiap hari kita kena nak wat pilihan... contohnya nak makan apa hari ni, nak tumpang kereta kawan ke nak jalan kaki gi kelas... benda kecik2 pun kita kena wat pilihan gak, cuma kita jer yang tak perasan... ok ini peringatan untuk diri sendiri jugak sebab kita pun tak selalu amalkan... hehe...
so kat talk tu dia cakap, sebelum cinta tu berputik, solat istikharah dulu... sesuai ke orang tu untuk kita, adakah orang itu jodoh yang terbaik untuk kita... kenapa kena wat sebelum cinta berputik ialah supaya perasaan kita tak mempengaruhi fikiran dan tindakan kita... tapi orang selalu ingat yang Allah tunjukkan dalam mimpi, sebenarnya manusia zaman sekarang ni terlalu banyak dosa... so maybe tak dapat melalui mimpi, mungkin dari segi perasaan kita yang tenang bila kita wat pilihan tu...
Bila da wat keputusan tu, kalau boleh jangan la kita ngorat2 dia supaya dia jatuh cinta kat kita... instead kita solat hajat pulak supaya Allah amanahkan hati dan cinta orang tu kepada kita... sebabnya cinta yang datang dari manusia tu mungkin tak tahan lama, dan insyaAllah kalau Allah yang titipkan cinta kat hati pasangan tu akan kekal selamanya...
Ok maybe I'm not the best person to give advice on love, sebab kita tak bercinta dan belum masanya lagi untuk kita mencari cinta... cuma nak bagitau je kepada sesiapa yang nak baca hehe... kalau kita da cuba da, tapi still orang tu tak bagi respons, walaupun kita da doa setiap hari untuk orang tu tapi still takde pape, maybe kita kena tukar cara la kot...
Tak salah rasanya kalau kita nak wat solat istikharah kalau ada masa, just nak tau sama ada orang tu betul betul ke untuk kita, supaya kita boleh wat keputusan untuk tunggu ataupun nak cari orang lain... supaya kita rasa tenang untuk wat keputusan tu... tapi bukan la kalau da wat sekali terus boleh wat keputusan, tak la cepat sangat... even lecturer parenting kita pun wat 3 bulan... kalau boleh wat la selalu jadi kan amalan...
And then kalau da rasa tenang dengan keputusan kita tu, wat  la solat hajat pulak... kalau kita amik keputusan still nak tunggu orang tu, mintak la supaya orang tu la jodoh yang terbaik untuk kita dan kita mintak la Allah amanahkan hati orang tu kepada kita macam yang kita cakap tadi... And if kita amik keputusan untuk teruskan kehidupan, mintak la supaya Allah pertemukan jodoh yang terbaik untuk kita and maybe kita boleh mintak percepatkan jodoh kita dan kuatkan kan hati kita supaya hati kita tak berbalik kepada orang yang tadi... ni applied kepada yang belum berpunya ek, yang da ada tu kita tak tau... (hehe disebabkan followers blog kita ni beberapa jer, faham2 la ek) heee...
In conclusion, kalau kita da berusaha, kita bertawakkal pulak kepada Allah sebab hanya Allah jer yang tau apa yang terbaik untuk kita... maybe kita rasa kita tak suka benda tu tapi sebenarnya benda tu la yang terbaik untuk kita...
So sebagai penutup nak share apa yang rumate kita baca dalam buku aritu, "sebaik baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang"... wow amazingnyer kalau boleh jadi macam tu... tapi kita tak la, sebab tiap hari kat kelas duk cuci mata hehe...

Saturday, 5 May 2012

Bersangka baik...

Hari tu kita pergi dengar talk... pastu banyak kali kita dengar pasal bersangka baik ni...
Bersangka baiklah pada orang yang lebih muda kerana mereka mungkin kurang dosa daripada kita...
Bersangka baiklah pada orang yang lebih tua kerana mereka mungkin lebih buat ibadat daripada kita...
Bersangka baiklah pada orang yang buat maksiat kerana mungkin mereka buat maksiat sebab tak tahu, tapi
      kita tahu pun still buat maksiat...
Dan bersangka baiklah pada orang kafir kerana mereka mungkin tak kafir selamanya...
Wow amazingkan... bagus giler kalau boleh bersangka baik kat semua orang macam tu... tapi seriously susah nak buat macam tu... kalau kita sikit sikit da cari keburukan orang tapi susah nak pandang kebaikan seseorang tu... hmmm betapa tak baiknyer saya huhu....

Sunday, 8 May 2011

Relax...

Ok untuk kita sejukkan keadaan, jom layan cerita ni yang kita baca aritu...

Pada suatu hari tinggallah seorang makcik yang tak beberapa nak muda seorang diri di rumah nya...
nak di jadikan cerita ada la seorang jejaka kacak yang bertandang kat rumah makcik ni nak tumpang tidur barang sehari dua...
jadi makcik ni pun benarkanla sebab dia da lama tinggal seorang diri, ada la jugak teman untuk berbual nanti di kala sunyi...
disebabkan jejaka ni terlalu tampan, makcik ni pun pergi la mengintai jejaka ni mandi lalu terkantoi... second time, makcik ni ngintai lagi, pun terkantoi jugak...
waktu the third time makcik ni ngintai, jejaka ni pun berteriak...
"makcik kalau intai saya mandi lagi, saya rogol makcik!!..."
lalu makcik itu dengan pantasnya mengeluarkan jari kelingking nya seraya berkata

"janji tau"...

hehe gedix betul la makcik tu heeee...

Community service....

Hari ni kita wat community service gotong royong bersihkan Masjid Makmur.... wah disebabkan kita da lama tak exercise, badan sakit sakit wooo... tapi seronok gak la tadi sebab JENG JENG JENG heeee....
Owh arini nampaknya kita da jimat duit dan tak yah nak beli makanan lagi da sebab breakfast pakcik pakcik kat masjid tu da sediakan nasi lemak, pastu Group pbl kita memang da bawak nasi lemak jugak untuk tengah hari, lepastu ada pulak makcik jual nasi lemak bagi nasi lemak lagi untuk kitorang... wah berlemak lemak la kitorang arini nampaknya kan...
hurm yang best nya siap dapat minum air kelapa lagi, fresh from the tree tau hehe... jangan jelez yer rumate ku sebab ada orang tu tolong bukak kan buah kelapa tu untuk kita hehe ;p...
Jadi lepas balik tadi, makan pastu tido, penat la tak larat nak wat pape da ni huhu...
Eh lupa lak, arini hari Ahad kan, bermakna arini Hari Ibu la kan... heee Happy Mother's day to mama ku cayang, I luv you and miss you so very much...
p/s: heee kita pakai baju merah sama macam orang tu la, owh sehati sejiwa pulak hahaha, syok sendiri jer pulak kita ni kan hehe...tak pe la kan sekali sekala syok sendiri apa salah nya ek... k la sekian...

Saturday, 7 May 2011

I'm in love~~ huhu...

Ok pengakuan ni hehe kita da jatuh cinta da ngan lagu heart vacancy yang dinyanyikan oleh the wanted tu... sangat comeyl hehe... tapi ia akan menjadi lebih comel kalau penyanyi dia buat lagu tu khas untuk kita... heeee....
Kita cop yang paling kiri tau hehe... wat cam harta sendiri lak kita ni heee...

Handsome eh, handsome eh hehe tapi yang kita punya paling handsome la kan heeee...
Jom kita nyanyi sama sama...
Woah.
I hear your heart, cry for love.
But you won’t let me make it right.
You were hurt, but I decided,
That you were worth the fight
Every night, you lock up.
You won’t let me come inside.
But the look, in your eyes.
Says that I could turn the tide.
In your heart, in your heart, in your heart.
I can tell you can fit one more.
In your heart, in your heart, in your heart.
I don’t care who was there before.
I, hear your heart cry for love,
Then you act like there’s no room,
Room for me, or anyone.
Don’t disturb is all I see.
Close the door, turn the key.
On everything that we could be.
If loneliness would move out,
I’d fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooooh.
In your heart, in your heart, in your heart.
Oooh.
This ain’t the Heartbreak Hotel,
Even though I know it well.
Those no shows, they sure tell,
In the way you hold yourself.
Don’t you fret, should you get,
Another cancellation.
Give me a chance I’d make a,
Permanent reservation.
In your heart, in your heart, in your heart,
I can tell you can fit one more.
Open up make a brand new start,
I don’t care who’s stayed before.
I hear your heart call for love,
Then you act like there’s no room.
Room for me, or anyone,
“Don’t disturb” is all I see.
Close the door, turn the key,
On everything that we could be.
If loneliness would move out,
I’d fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
In your heart, in your heart, in your heart.
When I, talk to you, on the phone,
Listen close.
I hear your heart call for love,
Then you act like there’s no room.
Room for me, or anyone,
“Don’t disturb” is all I see.
Close the door, turn the key,
On everything that we could be.
If loneliness would move out,
I’d fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
In your heart, in your heart, in your heart.
heee sila la wat permenant reservation yer, kita tunggu ni hahaha....
Heee ni x de kena mengena pun sebenarnya cuma ni pun handsome gak heee....
Okay, cukup cukup da kita berangan arini, nak sambung kerja... hehe cam la ada kerja pun kan heee... Sekian....

Friday, 6 May 2011

Nudeeee.....~~

Hehe tiba tiba teringat cupcake Ina yang nude aritu... heee tapi hari ni punya cerita tak de kena mengena pun dengan tajuk di atas sebenarnya... tapi ada la kaitan sikit sebab arini kita nak cerita pasal wabbit wabbit yang comeyl.... dan semestinya la kan wabbit semua tak pakai baju kan so sesuai la jugak ngan tajuk hehe...
Pada suatu hari, tinggallah seekor wabbit yang bernama Kiko bersama carrotnya yang bernama Pegaga...
Kemudian datang seekor wabbit yang comel lagi tembam di kawasan berkenaan yang bernama Kiki.... Kiko terus rasa love at first kepada Wabbit tersebut...
Rupa rupanya dalam diam Kiki pun menyukai Kiko dan membuat langkah pertama dengan mengenyit mata sebelah... Kiko pula menjadi bertambah excited sambil menunjukkan senyuman ala ala manis gitu dan menampakkan giginya yang putih...
Kiko tiba tiba mendapat idea yang bernas dan mula mengigit Pegaga kesayangannya sambil mengeluarkan bunyi "pegagapegagapegaga"... Kiki pula berasa hairan namun tetap mengontrol keayuan dan kecomelan beliau...
Setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya siap juga hasil kerja Kiko untuk menyiapkan bentuk hati daripada pegaga kesayangannya... setelah beberapa bulan memerhati Kiko, Kiki kelihatan lebih kurus kerana tidak makan kerana asyik leka memerhati Kiko dan menerima hati pegaga pemberian Kiko itu...
And they live happily ever after dan kini mempunyai dua baby wabbit yang bernama Iki dan Iko... THE END...
 Heee comel tak comel tak hehe... sebenarnya kita macam confuse sikit la kan... sebab nama wabbit tu Kiki and Kiko, nama baby wabbit Iki and Iko, agaknya nanti nama anak baby wabbit jadi Ki and Ko, lepas tu anak anak baby wabbit jadi I and O la ek hehe.... tu je yang nak cerita arini sekian...