Tiba-tiba semalam kita terbaca kat group facebook dia cakap dia da keluar da dari medic dan akan sambung belajar dalam bidang matematik... lepas tu roomate kita pun cakap "mesti awak happykan dia keluar, awak kan tak suka dia...".... Ok jujur kita cakap, kita sangat terasa disitu... terasa kejam gila sebab tak suka kat orang tanpa alasan kukuh, terasa bersalah gila sebab pernah berharap agar dia keluar dari medik, terasa sedih gila sebab kita pernah berharap agar dia gagal... persoalannya, adakah kita happy bila doa telah dimakbulkan... mestilah TIDAK... rasa bersalah sangat kowt.... Sorry yer awak~~
So kat sini kita nak ucapkan maaf yang teramat sangat kat awak sebab perasaan hasad dengki dalam hati kita ni (walaupun kita tau awak tak baca pun blog kita ni) ... maybe sebab kita jeles tengok awak yang sangat bijak berkata kata dan berpengetahuan yang amat luas dalam ilmu agama... tapi betul ni kita rasa bersalah amat... sorry sesangat ek...Hurmmm teringat pulak waktu birthday kita aritu, takde orang pun yang tau birthday kita, pastu kat dalam kelas, turn awak wat public speaking pastu awak cakap sebelum start awak nak baca doa dulu... rupanya doa tu untuk kita... so sekarang meh kita balas doa awak, kita doakan awak akan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang awak ceburi selepas ni, semoga Allah akan sentiasa mempermudahkan jalan untuk awak dan semoga awak berjaya juga di dunia dan akhirat kelak InsyaAllah...dan sesungguhnya ku Memohon Maaf buat kesekian kalinya...
No comments:
Post a Comment