Sunday 17 June 2012

Anniversary...

Hari tu kat kelas, kita terdengar ada la student A tu cakap ngan student B... well nak wat camne kan, kita kan suka eavesdropping ni... student A tu wish happy anniversary kat student B tu sebab dah 2 tahun bersama dengan boyfriend dia...
So kita just nak bagi pendapat kita je la kat sini... kita rasa tak perlu la kot nak sambut2 anniversary antara bf dengan gf ni... kenapa lak kita rasa camtu?? 
Yang pertama, dalam Islam takde pun istilah couple antara gf ngan bf ni... tapi kalau kita cakap camtu orang cakap kita kolot pulak kan... tapi takpelah kita nak jugak rasa camtu heee...
Yang kedua, kenapa nak berbangga sangat bercouple lama2 ni... kalau da kawin tak pe la jugak...
Yang ketiga, baik sangat ke bercouple ni sampai anniversary pun nak sambut...bukan ke sepatutnya kita jadi malu kalau orang lain tau kita ada boyfriend... bukan ke kita akan sorok2 supaya orang tak tau kita dah ada boyfriend... tapi kenapa orang zaman sekarang ni kena heboh2 kan benda2 cenggini ek...
Ok fine, maybe kita sorang je la kot rasa camtu hehe... tapi lepas kita renung2kan dan fikir2kan, bukan ke kita sepatutnya husnuzon kat orang lain... hmmm contohnya...
Yang pertama maybe diorang sambut anniversary tu sebab couple tu rasa bersyukur kerana masih mampu untuk bertarung dengan nafsu masing2 dan still tak jatuh dalam kancah kemaksiatan...
Yang kedua, maybe diorang rasa bersyukur kerana iman diorang masih kuat sebab dapat mengelak segala bisikan syaitan yang mengajak manusia untuk melakukan maksiat...
Dan maybe jugak diorang sambut anniversary tu supaya boleh mengingatkan diorang yang sudah tiba masanya untuk mendirikan masjid pulak kot hehe...
Apa2 pun kita harap kita tak macam tu... hmmm tiba tiba teringat aritu tengok Ustaz Azhar kat youtube pasal bersangka baik ni... Ustaz Azhar cakap kalau darurat, lelaki boleh pegang perempuan... contohnya kalau ada perempuan tu lemas and if the guy know how to swim, wajib untuk orang tu gi selamat kan perempuan tu... contoh lain pulak kalau kat hutan ada lelaki tu tengah naik motor pastu nampak ada perempuan tu tengah kena kejar harimau, takde masalah kalau the guy nak tarik perempuan tu naik atas motor dan peluk kemas2 and then bawak lari sebab tengah darurat... so kita kena selalu husnuzon... contohnya kalau kita ternampak ada couple tengah berpeluk atas motor, maybe diorang tengah kena kejar oleh sang harimau la kot hehe... ok, kita sampaikan sangat tak best... kalau dengar ustaz Azhar sendiri lagi best hehe...
Hmmm tu je la kot yang nak disampaikan... ni selingan je ni sebab nak hilangkan ngantok jap... ok back to the notes again huhu... ~sekian~...

Saturday 16 June 2012

Cinta??

Hari tu kita ngan rumate kita ada gi satu talk ni... tajuk dia 'When I see you my heart beats...' pastu rumate kita pun sambung when I don't see you, my heart still beating... pastu kita lak sambung, so as a conclusion, you meant nothing to me... hehe just nak cakap, tajuk tu macam salah jer... pastu nyer wat la when i see you, my heart beats faster ke... ok itu bukan apa yg nak disampaikan di sini yer...
Tetiba jer pulak terpanggil nak share apa yang kita dapat dari talk tu... Antaranya adalah:
pasal solat istikharah... aritu usrah kita cakap jugak pasal solat istikharah... sebenarnya solat istikharah ni kita wat waktu kita nak wat keputusan... dulu dulu waktu zaman rasulullah dulu, para sahabat selalu wat solat ni, even waktu nak beli barang pun diorang wat jugak... wah kagum giler kan... tapi zaman sekarang orang wat utk jodoh dan bila nak wat keputusan yang besar besar jer... tapi sebenarnya sangat bagus kalau wat solat istikharah ni setiap hari, sebab tiap tiap hari kita kena nak wat pilihan... contohnya nak makan apa hari ni, nak tumpang kereta kawan ke nak jalan kaki gi kelas... benda kecik2 pun kita kena wat pilihan gak, cuma kita jer yang tak perasan... ok ini peringatan untuk diri sendiri jugak sebab kita pun tak selalu amalkan... hehe...
so kat talk tu dia cakap, sebelum cinta tu berputik, solat istikharah dulu... sesuai ke orang tu untuk kita, adakah orang itu jodoh yang terbaik untuk kita... kenapa kena wat sebelum cinta berputik ialah supaya perasaan kita tak mempengaruhi fikiran dan tindakan kita... tapi orang selalu ingat yang Allah tunjukkan dalam mimpi, sebenarnya manusia zaman sekarang ni terlalu banyak dosa... so maybe tak dapat melalui mimpi, mungkin dari segi perasaan kita yang tenang bila kita wat pilihan tu...
Bila da wat keputusan tu, kalau boleh jangan la kita ngorat2 dia supaya dia jatuh cinta kat kita... instead kita solat hajat pulak supaya Allah amanahkan hati dan cinta orang tu kepada kita... sebabnya cinta yang datang dari manusia tu mungkin tak tahan lama, dan insyaAllah kalau Allah yang titipkan cinta kat hati pasangan tu akan kekal selamanya...
Ok maybe I'm not the best person to give advice on love, sebab kita tak bercinta dan belum masanya lagi untuk kita mencari cinta... cuma nak bagitau je kepada sesiapa yang nak baca hehe... kalau kita da cuba da, tapi still orang tu tak bagi respons, walaupun kita da doa setiap hari untuk orang tu tapi still takde pape, maybe kita kena tukar cara la kot...
Tak salah rasanya kalau kita nak wat solat istikharah kalau ada masa, just nak tau sama ada orang tu betul betul ke untuk kita, supaya kita boleh wat keputusan untuk tunggu ataupun nak cari orang lain... supaya kita rasa tenang untuk wat keputusan tu... tapi bukan la kalau da wat sekali terus boleh wat keputusan, tak la cepat sangat... even lecturer parenting kita pun wat 3 bulan... kalau boleh wat la selalu jadi kan amalan...
And then kalau da rasa tenang dengan keputusan kita tu, wat  la solat hajat pulak... kalau kita amik keputusan still nak tunggu orang tu, mintak la supaya orang tu la jodoh yang terbaik untuk kita dan kita mintak la Allah amanahkan hati orang tu kepada kita macam yang kita cakap tadi... And if kita amik keputusan untuk teruskan kehidupan, mintak la supaya Allah pertemukan jodoh yang terbaik untuk kita and maybe kita boleh mintak percepatkan jodoh kita dan kuatkan kan hati kita supaya hati kita tak berbalik kepada orang yang tadi... ni applied kepada yang belum berpunya ek, yang da ada tu kita tak tau... (hehe disebabkan followers blog kita ni beberapa jer, faham2 la ek) heee...
In conclusion, kalau kita da berusaha, kita bertawakkal pulak kepada Allah sebab hanya Allah jer yang tau apa yang terbaik untuk kita... maybe kita rasa kita tak suka benda tu tapi sebenarnya benda tu la yang terbaik untuk kita...
So sebagai penutup nak share apa yang rumate kita baca dalam buku aritu, "sebaik baik wanita adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang"... wow amazingnyer kalau boleh jadi macam tu... tapi kita tak la, sebab tiap hari kat kelas duk cuci mata hehe...