Sunday 17 June 2012

Anniversary...

Hari tu kat kelas, kita terdengar ada la student A tu cakap ngan student B... well nak wat camne kan, kita kan suka eavesdropping ni... student A tu wish happy anniversary kat student B tu sebab dah 2 tahun bersama dengan boyfriend dia...
So kita just nak bagi pendapat kita je la kat sini... kita rasa tak perlu la kot nak sambut2 anniversary antara bf dengan gf ni... kenapa lak kita rasa camtu?? 
Yang pertama, dalam Islam takde pun istilah couple antara gf ngan bf ni... tapi kalau kita cakap camtu orang cakap kita kolot pulak kan... tapi takpelah kita nak jugak rasa camtu heee...
Yang kedua, kenapa nak berbangga sangat bercouple lama2 ni... kalau da kawin tak pe la jugak...
Yang ketiga, baik sangat ke bercouple ni sampai anniversary pun nak sambut...bukan ke sepatutnya kita jadi malu kalau orang lain tau kita ada boyfriend... bukan ke kita akan sorok2 supaya orang tak tau kita dah ada boyfriend... tapi kenapa orang zaman sekarang ni kena heboh2 kan benda2 cenggini ek...
Ok fine, maybe kita sorang je la kot rasa camtu hehe... tapi lepas kita renung2kan dan fikir2kan, bukan ke kita sepatutnya husnuzon kat orang lain... hmmm contohnya...
Yang pertama maybe diorang sambut anniversary tu sebab couple tu rasa bersyukur kerana masih mampu untuk bertarung dengan nafsu masing2 dan still tak jatuh dalam kancah kemaksiatan...
Yang kedua, maybe diorang rasa bersyukur kerana iman diorang masih kuat sebab dapat mengelak segala bisikan syaitan yang mengajak manusia untuk melakukan maksiat...
Dan maybe jugak diorang sambut anniversary tu supaya boleh mengingatkan diorang yang sudah tiba masanya untuk mendirikan masjid pulak kot hehe...
Apa2 pun kita harap kita tak macam tu... hmmm tiba tiba teringat aritu tengok Ustaz Azhar kat youtube pasal bersangka baik ni... Ustaz Azhar cakap kalau darurat, lelaki boleh pegang perempuan... contohnya kalau ada perempuan tu lemas and if the guy know how to swim, wajib untuk orang tu gi selamat kan perempuan tu... contoh lain pulak kalau kat hutan ada lelaki tu tengah naik motor pastu nampak ada perempuan tu tengah kena kejar harimau, takde masalah kalau the guy nak tarik perempuan tu naik atas motor dan peluk kemas2 and then bawak lari sebab tengah darurat... so kita kena selalu husnuzon... contohnya kalau kita ternampak ada couple tengah berpeluk atas motor, maybe diorang tengah kena kejar oleh sang harimau la kot hehe... ok, kita sampaikan sangat tak best... kalau dengar ustaz Azhar sendiri lagi best hehe...
Hmmm tu je la kot yang nak disampaikan... ni selingan je ni sebab nak hilangkan ngantok jap... ok back to the notes again huhu... ~sekian~...

No comments:

Post a Comment