Sunday 8 May 2011

Relax...

Ok untuk kita sejukkan keadaan, jom layan cerita ni yang kita baca aritu...

Pada suatu hari tinggallah seorang makcik yang tak beberapa nak muda seorang diri di rumah nya...
nak di jadikan cerita ada la seorang jejaka kacak yang bertandang kat rumah makcik ni nak tumpang tidur barang sehari dua...
jadi makcik ni pun benarkanla sebab dia da lama tinggal seorang diri, ada la jugak teman untuk berbual nanti di kala sunyi...
disebabkan jejaka ni terlalu tampan, makcik ni pun pergi la mengintai jejaka ni mandi lalu terkantoi... second time, makcik ni ngintai lagi, pun terkantoi jugak...
waktu the third time makcik ni ngintai, jejaka ni pun berteriak...
"makcik kalau intai saya mandi lagi, saya rogol makcik!!..."
lalu makcik itu dengan pantasnya mengeluarkan jari kelingking nya seraya berkata

"janji tau"...

hehe gedix betul la makcik tu heeee...

Community service....

Hari ni kita wat community service gotong royong bersihkan Masjid Makmur.... wah disebabkan kita da lama tak exercise, badan sakit sakit wooo... tapi seronok gak la tadi sebab JENG JENG JENG heeee....
Owh arini nampaknya kita da jimat duit dan tak yah nak beli makanan lagi da sebab breakfast pakcik pakcik kat masjid tu da sediakan nasi lemak, pastu Group pbl kita memang da bawak nasi lemak jugak untuk tengah hari, lepastu ada pulak makcik jual nasi lemak bagi nasi lemak lagi untuk kitorang... wah berlemak lemak la kitorang arini nampaknya kan...
hurm yang best nya siap dapat minum air kelapa lagi, fresh from the tree tau hehe... jangan jelez yer rumate ku sebab ada orang tu tolong bukak kan buah kelapa tu untuk kita hehe ;p...
Jadi lepas balik tadi, makan pastu tido, penat la tak larat nak wat pape da ni huhu...
Eh lupa lak, arini hari Ahad kan, bermakna arini Hari Ibu la kan... heee Happy Mother's day to mama ku cayang, I luv you and miss you so very much...
p/s: heee kita pakai baju merah sama macam orang tu la, owh sehati sejiwa pulak hahaha, syok sendiri jer pulak kita ni kan hehe...tak pe la kan sekali sekala syok sendiri apa salah nya ek... k la sekian...

Saturday 7 May 2011

I'm in love~~ huhu...

Ok pengakuan ni hehe kita da jatuh cinta da ngan lagu heart vacancy yang dinyanyikan oleh the wanted tu... sangat comeyl hehe... tapi ia akan menjadi lebih comel kalau penyanyi dia buat lagu tu khas untuk kita... heeee....
Kita cop yang paling kiri tau hehe... wat cam harta sendiri lak kita ni heee...

Handsome eh, handsome eh hehe tapi yang kita punya paling handsome la kan heeee...
Jom kita nyanyi sama sama...
Woah.
I hear your heart, cry for love.
But you won’t let me make it right.
You were hurt, but I decided,
That you were worth the fight
Every night, you lock up.
You won’t let me come inside.
But the look, in your eyes.
Says that I could turn the tide.
In your heart, in your heart, in your heart.
I can tell you can fit one more.
In your heart, in your heart, in your heart.
I don’t care who was there before.
I, hear your heart cry for love,
Then you act like there’s no room,
Room for me, or anyone.
Don’t disturb is all I see.
Close the door, turn the key.
On everything that we could be.
If loneliness would move out,
I’d fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
Ooooh.
In your heart, in your heart, in your heart.
Oooh.
This ain’t the Heartbreak Hotel,
Even though I know it well.
Those no shows, they sure tell,
In the way you hold yourself.
Don’t you fret, should you get,
Another cancellation.
Give me a chance I’d make a,
Permanent reservation.
In your heart, in your heart, in your heart,
I can tell you can fit one more.
Open up make a brand new start,
I don’t care who’s stayed before.
I hear your heart call for love,
Then you act like there’s no room.
Room for me, or anyone,
“Don’t disturb” is all I see.
Close the door, turn the key,
On everything that we could be.
If loneliness would move out,
I’d fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
In your heart, in your heart, in your heart.
When I, talk to you, on the phone,
Listen close.
I hear your heart call for love,
Then you act like there’s no room.
Room for me, or anyone,
“Don’t disturb” is all I see.
Close the door, turn the key,
On everything that we could be.
If loneliness would move out,
I’d fill the vacancy.
In your heart, in your heart, in your heart,
In your heart, in your heart, in your heart.
heee sila la wat permenant reservation yer, kita tunggu ni hahaha....
Heee ni x de kena mengena pun sebenarnya cuma ni pun handsome gak heee....
Okay, cukup cukup da kita berangan arini, nak sambung kerja... hehe cam la ada kerja pun kan heee... Sekian....

Friday 6 May 2011

Nudeeee.....~~

Hehe tiba tiba teringat cupcake Ina yang nude aritu... heee tapi hari ni punya cerita tak de kena mengena pun dengan tajuk di atas sebenarnya... tapi ada la kaitan sikit sebab arini kita nak cerita pasal wabbit wabbit yang comeyl.... dan semestinya la kan wabbit semua tak pakai baju kan so sesuai la jugak ngan tajuk hehe...
Pada suatu hari, tinggallah seekor wabbit yang bernama Kiko bersama carrotnya yang bernama Pegaga...
Kemudian datang seekor wabbit yang comel lagi tembam di kawasan berkenaan yang bernama Kiki.... Kiko terus rasa love at first kepada Wabbit tersebut...
Rupa rupanya dalam diam Kiki pun menyukai Kiko dan membuat langkah pertama dengan mengenyit mata sebelah... Kiko pula menjadi bertambah excited sambil menunjukkan senyuman ala ala manis gitu dan menampakkan giginya yang putih...
Kiko tiba tiba mendapat idea yang bernas dan mula mengigit Pegaga kesayangannya sambil mengeluarkan bunyi "pegagapegagapegaga"... Kiki pula berasa hairan namun tetap mengontrol keayuan dan kecomelan beliau...
Setelah beberapa bulan berlalu, akhirnya siap juga hasil kerja Kiko untuk menyiapkan bentuk hati daripada pegaga kesayangannya... setelah beberapa bulan memerhati Kiko, Kiki kelihatan lebih kurus kerana tidak makan kerana asyik leka memerhati Kiko dan menerima hati pegaga pemberian Kiko itu...
And they live happily ever after dan kini mempunyai dua baby wabbit yang bernama Iki dan Iko... THE END...
 Heee comel tak comel tak hehe... sebenarnya kita macam confuse sikit la kan... sebab nama wabbit tu Kiki and Kiko, nama baby wabbit Iki and Iko, agaknya nanti nama anak baby wabbit jadi Ki and Ko, lepas tu anak anak baby wabbit jadi I and O la ek hehe.... tu je yang nak cerita arini sekian...

Thursday 5 May 2011

Sorry yer~~....

Huhu kita rasa bersalah sangat.... ada la seorang brother dalam group pbl kita, kalau waktu kita present jer mesti dia gelak, waktu orang lain dia tak de la gelak pulak... pastu kita tengok dia macam menyampah jer kat kita... yer la mana tak menyampah kat kita, present tak reti, jawab pun tak pandai, lain la macam dia, terror giler present and fluent giler jawab soalan orang lain... tapi kita tak tau la kalau kita perasan ke apa... tapi di sebabkan itu, saya tak suka pbl dan saya tak suka kat dia dan berharap dia keluar daripada kos ni... owh jahatnya saya, mendoakan kegagalan orang lain...  Maafkan kita awak...
Tiba-tiba semalam kita terbaca kat group facebook dia cakap dia da keluar da dari medic dan akan sambung belajar dalam bidang matematik... lepas tu roomate kita pun cakap "mesti awak happykan dia keluar, awak kan tak suka dia...".... Ok jujur kita cakap, kita sangat terasa disitu... terasa kejam gila sebab tak suka kat orang tanpa alasan kukuh, terasa bersalah gila sebab pernah berharap agar dia keluar dari medik, terasa sedih gila sebab kita pernah berharap agar dia gagal... persoalannya, adakah kita happy bila doa telah dimakbulkan... mestilah TIDAK... rasa bersalah sangat kowt.... Sorry yer awak~~
So kat sini kita nak ucapkan maaf yang teramat sangat kat awak sebab perasaan hasad dengki dalam hati kita ni (walaupun kita tau awak tak baca pun blog kita ni) ... maybe sebab kita jeles tengok awak yang sangat bijak berkata kata dan berpengetahuan yang amat luas dalam ilmu agama... tapi betul ni kita rasa bersalah amat... sorry sesangat ek...
Hurmmm teringat pulak waktu birthday kita aritu, takde orang pun yang tau birthday kita, pastu kat dalam kelas, turn awak wat public speaking pastu awak cakap sebelum start awak nak baca doa dulu... rupanya doa tu untuk kita... so sekarang meh kita balas doa awak, kita doakan awak akan sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang awak ceburi selepas ni, semoga Allah akan sentiasa mempermudahkan jalan untuk awak dan semoga awak berjaya juga di dunia dan akhirat kelak InsyaAllah...dan sesungguhnya ku Memohon Maaf buat kesekian kalinya...

Wednesday 4 May 2011

Double meaning...

Bak kata dracula Nabil "semenjak dua menjak tiga menjak ni..." kita asyik dengar jer orang cakap double meaning... so tiba tiba jer kita pun mengoogle gambar yang ada double meaning... so enjoy la ek hehe...
 
You And Me...
Optical illusion...
Good and Evil...
Teach and learn...
Skull and a girl looking in the mirror...
Old man or other people heeee....
Polar bear and a seal....
Old or young girl...

Pastu waktu tengah cari cari tu terjumpa pulak gambar perbezaan antara apa yang kita nampak dengan apa yang budak kecik nampak...




Heee kita paling suka part superman tu sebab comel hehe.... itu je la kowt yang nak disampaikan... sekian...

Sunday 10 April 2011

Bosannyaaaa....

Alamak alamak saya pun telah menjangkit penyakit kemalasan ini... kenapa rasa malas sangat ni... rajin silalah datang kat sini supaya saya boleh jadi lebih rajin... sila datang dengan cepat yer sebab banyak sangat lagi yang kena baca ni huhu....
Hurmmm hari ni nak feeling sedih pulak la hehe...
Huhu sedihnya tapi ni mesti la bukan kita sebab love kita ada banyak hehe...
Huhu kita suruh rajin yang datang rupanya ngantok yang tiba dulu ngeh ngeh ~o~zzzz....

Saturday 9 April 2011

Hari minggu...

Pagi ni kita terbangun lambat, pastu ternampak ada message dari kakakku yang mengajakku keluar breakfast pukul 7.40... tapi kita rasa bersalah sangat menolak ajakan itu... sowi yer kakyu tak gi sama dengan kakyu.huhu.. 
Kita ngantok sebenarnya sebab semalam kita tidur lambat sebab habiskan melukis parasitology punya sketch book...da jadi macam buku mewarna pulak sketch book tu... pastu Lepas solat Subuh sambung balik tido heee....
Oppsss lupa pulak... aritu entah macam mana entah boleh terjumpa quote ni heee... comelnya, kita da cair da...

Comel kan, comel kan... haha cuba bayangkan kalau Ashraf Muslim cakap camtu kat kita, mesti da pengsan da heeee...

Heee yang ni pun macam comel gak kan hehe...

Heee itu jer yang kita nak sampaikan...
P/S: semalam hari Jumaat ramai yang berbaju melayu dan bersongkok dan bersampin... heee nampak smart jer semua... lain kali silalah pakai setiap hari yer, boleh kita cuci mata selalu hehe....

Ok masa untuk sambung belajar~~

Sunday 3 April 2011

Motivational talk from Prof Muhaya...

Ok first time tau kita jadi comitee... heee rupanya best jugak kan jadi comitee ni... tapi tu la yang tak best nya, tak dapat dengar sangat talk tu... tapi memang best sangat talk... rugi kalau tak pergi tadi hehe...
Ok kt nak kongsi sikit apa yang kita dengar kat talk tadi...
Prof kata kalau kita dikutuk oleh orang, bermakna kita pernah mengutuk orang...
Kalau kita dibenci oleh seseorang bermakna kita pernah membenci seseorang...
So the three important words here are GET, GIVE, HAVE...
If we get negative, it means that we have given negative because we have negative...
Faham ke?? Apa yang kita maksudkan ialah, kalau ada orang berfikiran negatif mahupun berbuat jahat pada kita bermakna kita pernah berfikiran negatif dan berbuat jahat pada orang lain kerana kita berfikiran negatif dan berhati jahat...
Whats inside our heart will be reflected by our own actions... Maksudnyer kalau kita suka buat jahat maknanya kita berhati jahat... kalau kita suka buat baik maknanya hati kita pun baik jugak...
So kat sini tak boleh la kalau kita nak cakap kalau orang tu wat jahat maknanya hati dia baik... Eh macam berbelit pulak hehe...
Sebenarnya tujuan kita tulis ni sebab kita harap seseorang orang tu baca blog kita ni...
Kata Prof., seseorang yang suka mencari alasan adalah golongan orang yang losers, keladak kehidupan, ego, mediocre (betul ke eja ni yer?? hehe) dan lain lain...
Contohnya, kalau kita terlambat gi kelas atau ke office kita akan mencari alasan seperti, kereta rosak, beg kena ragut, traffic jam dan lain lain, tetapi kita tak pernah lak nak menyalahkan diri sendiri dan berubah...
 Contoh yang lain pulak, kalau seseorang tu tak berjaya dalam kehidupan, dan dia bagi alasan semua ni berlaku sebab parents bercerai... kenapa kita nak salah kan benda yang telah berlaku... bukannyer boleh wat pape lagi da... sepatutnya kita salahkan diri sendiri sebab kita tak wat yang terbaik dan start cuba wat yang sebaik mungkin untuk berjaya dalam kehidupan...
Why is it that people kept blaming others for their own fault... they tend to find reasons for their problems... do they want to keep living in the past... Instead they should muhasabah diri and reflect back what they have done and try to improve and do their best in their life... If they kept blaming and blaming others, when is it that they will try to perform in their life... 
ok contoh laen, ada la seorang adik ni kata:
kamu ade life yg perfect !
ade mak bapak .
ade adik beradik yang boleh share2 masalah .
yang boleh slalu connected .
apetah lagi saya ?
yang adek bradek berterabur sana sini .
Kenapa kita nak salah kan orang lain atas kebahagiaan yang orang lain ada...
Kenapa kita nak bandingkan kelebihan orang lain dengan kekurangan diri kita..
Kenapa kita tak boleh bersyukur kerana Allah telah mengurniakan adik beradik kepada kita...
Kenapa kita tak nak salah kan diri sendiri adik beradik kita berterabur...
Bukan ke tu salah kita sendiri... kenapa tak try get connected dengan diorang... kenapa kita sendiri yang biarkan diorang tu berterabur... 
Next, seperti yang telah kita tulis tadi, get, give, have...
Adik cakap: tapi smpai kutuk2 and highlight nme saya tu , dikira aib?
Kalau kita rasa kita diaibkan oleh seseorang, bermakna kita pernah mengaibkan seseorang... sebab what goes around comes around kan....
Maknanya tak leh la kalau kita nak cakap: this is my first time , i've done a mistake ...
Owh menipu sangat la tu... x pernah wat mistake sebelum ni... seriously ke...   ada orang ke yang tak pernah wat mistakes... As you said : nobody's perfect .... So how can you said that, its your first time doing mistake... As a  normal human being, they will do mistake, in fact many mistakes... kalau tak macam mana nak improve kan diri sendiri kan as people learned from their mistakes... lain la kalau adik ni alien tu, akak tak tau la kan...
hmmm Tak faham betul la...
And you also said: macam saya ni dah biase sgt buat dosa ...eh tak betul ke tu dik... akak sendiri pun selalu wat dosa... Adik tak biasa wat dosa ke... contohnya tengok aurat orang yang bukan mahram, zaman sekarang ni ramai sangat la yang suka menyeksa kan diri... kalau kita jalan jalan sikit ada jer la orang pakai seluar pendeknya, pastu nampak pulak aurat diorang tu, kan dikira berdosa tu... haaa tu tak cerita lagi kalau kat tv tu lagi banyak aurat terdedah, jangan cakap adik tak tengok tv pulak kan...
Contohnya kalau kita tinggal solat, berdosa jugak tu... Kalau kita cakap Ah kat ibubapa kita pun berdosa jugak dik... So akak nak cakap, kita setiap detik dan saat akan membuat dosa... sepatutnya kita kena cakap camni: saya da banyak kali wat dosa  dan saya berdoa Allah akan mengampunkan dosa dosa saya...
Ini tak, mana boleh lak kita deny yang kita tak selalu wat dosa dik... adik nak tipu kat sape ni dik, kat manusia boleh la tipu, tapi Allah sentiasa lebih tahu apa dosa yang kita wat...
And also you said that: dan Tuhan tu Adil .
Dia cakap , jangan ungkitkan kesalahan yang telah dimaafkan .
sebab itu haram .
Ha tu betul tu dik, akak setuju sangat... tapi yang satu akak tak faham sebab lepas tu adik cakap : saya sentiasa maafkan anda walaupun anda tak minta ...
Eh bukan adik pun sedang mengungkit jugak ke tu sebab adik da maafkan da tapi still tulis kat blog adik tu... so kiranya adik wat sesuatu yang haram la ek ni... so kiranya ni mistakes yang kedua adik la kan??
See, see my point kan... kita akan wat mistakes tanpa kita perasan...  
Ok la sorry yer kalau sesiapa terasa tu, sebab siapa yang tak makan cili, tak kan terasa pun pedasnya...
Sekian

Friday 1 April 2011

Jom teka lagu...

Ok cuba teka ni lagu apa... JENG JENG JENG...

Ku semai kasih
Di halaman kontang
Jenuh aku membaja
Tunasnya layu jua

Berkali ku ucap
Ingin memilikimu
Kini baru ku tahu
Semua itu mustahil bagiku

*Oh....
Tidak tergambar....
Hati yang terbakar....
Zahir tak menentu
Batin lebih dari itu...
Ohhhh.......
Hanya wajahku terlukis ketenangan
Sedangkan di dalam hati berkocakkan
Kalau itulah semua
Potretmu lumat di genggaman...
Oh....
Andai ku tahu....
Pahitnya hempedu...
Tidak mungkin aku menjadikan santapan....
Oh....oh....
Begitulah boleh ku umpamakan
Bercinta denganmu tinggalkan kesan
Menyesal dan terkilan
Tak putus berlegar kekalutan fikiran

Cuba kau tanya
Diri sendiri
Apa perasaanmu
Kalau aku lakukan begitu
Disaat engkau
Masih memerlukan aku....

Ni mesti ingat lagu 'Yang kalut difikiran' kan... tapi salah sebab lagu ni lagu khas untuk semut yang sangat banyak di bilik ku yang sentiasa akan menghurung serta berenang-renang di dalam air soya bean mahupun air teh dan segala macam air di bilik ku ini... huhu sayang ok kat air air tu semua... sampai hati betul la semut ni tau huhu...

Ok next song, mesti tak dapat teka punya la lagu ni hehe... JENG JENG JENG...

You are hiding your grief..
And I bow my head..
You are quiet and I am silent..
Who shall anyone reason with..

These distances do us apart..
Meeting again might not be possible again..
These distances do us apart..
Meeting again might not be possible again..

It's true, I have hurt your heart..
But I always wondered..
Why does the heart grieve..
Why are the eyes moist..
That which was to happen is happening..

Let's forget about it..
For no trace of this might remain tomorrow..
Every moment here, live to the fullest..
This is the moment, for tomorrow might never be...

So dapat teka tak lagu apa... mesti rasa sangat bercelaru kan ayat dia kan hehe...
Lirik dia bercelaru sebab lirik itu adalah direct translation daripada bahasa asal dia... heeee kita amik sari kata untuk lagu 'Kal Ho Na Ho' hehe 
Heee kt saje jer letak lagu hindustan ni sebab tetiba rasa macam nak layan lagu hindustan la malam ni... Jom layan... hehehe...

Tuesday 29 March 2011

Tepati masa...

Saya sangat tidak gemar dengan orang yang tidak menepati masa... Please la, klau tak jadi plan tu cakap awal awal boleh tak... klau sekali dua tak pe... tapi ni setiap kali macam tu... ish menyusahkan orang je ok...
ari sabtu aritu adala orang tu, da setuju and plan nak gi makan satu group hari selasa... so semua pun ok jer la kan... pastu semalam group Pbl nak celebrate birthday ari selasa gak... so kita katala kita x boleh join sebab da ada plan dulu da nak keluar hari selasa so disebabkan itu mereka membatalkan birthday surprise pada hari selasa...
Selepas habis kelas, ketika berehat rehat di bilik, kemudian saya pun telah mendapat perkhabaran bahawa plan itu telah ditundakan... itu pun nasib baik kawan kita call orang tu tanya jadi ke tak... cuba kalau tak tanya, nanti klau da siap siap semua sekali baru tau x jadi kan lagi geram... kt x kisah pun kalau tak buat pun kuar makan sama sama tu... tapi atleast bagitau awal awal la kalau tak jadi... Kalau tak, takde la kita tundakan birthday surprise tu...
Pastu yang wat kita geram tu sebab orang tu suka wat macam ni... contohnya dia janji pukul 10 malam wat perjumpaan, pastu tunggu punya tunggu, pukul 10.45 baru tiba...  pernah sekali tu dia janji pukul 9, orang da siap siap, pastu kul 9 baru message kata tunda kul 9. 30... ada tu pulak janji kul 8, pastu orang semua da datang da, pastu kul 8.10 baru nak bagi message kata dia lewat 10 minit, last last 8.35 baru tiba... ada sekali tu lagi geram, janji kul 10, kul 10 semua tiba, tunggu punya tunggu punya tunggu da sampai 10.30, tak tiba tiba gak... last last ada kawan kita call orang tu, orang tu dengan selambanya cakap perjumpaan dibatalkan dan dia lupa nak bagitau... sowi yer walaupun anda memakai tudung labuh dan berpudah, terus hilang respect saya kat anda... sila tepati masa yer kerana masa itu sangat penting dan jangan sesuki jer nak waste kan masa orang dengan menunggu anda yang tidak pandai menepati masa itu... maaf la saya mengungkit disini... jangan yer terasa hati kerana semua ni adalah kenyataan tentang perbuatan yang telah anda lakukan... sekian

Jom bercerita...

Pada suatu hari Murid 1 ternampak seorang Murid A yang baik lagi handsome lalu Murid 1 pun tersuka la kat Murid A itu walaupun tidak mengetahui nama murid A itu... Setelah beberapa tahun, Murid 1 berada di kelas yang sama dengan murid A dan murid A selalu membantu murid 1 ketika disoal rakan lain... semakin lama semakin suka lah murid 1 dengan murid A...
Pada masa yang sama murid 1sangat rapat dengan murid 2, dan lalu mereka berkawan baik... mereka sentiasa bercerita masalah dan berita gembira sesama mereka... 
Pada suatu petang, murid 2 datang ke bilik murid 1 dengan wajah yang sangat gembira... lalu murid1 bertanya punca kegembiraan murid 2 itu... murid 2 berkata bahawa seseorang yang dia sukai telah menegur dan berbual bersamanya... lalu murid 1 bertanya lagi, siapakah gerangan jejaka itu... murid 2 berkata bahawa dia segan untuk memberitahu murid 1 dan menyuruh murid 1 untuk meneka... murid 1 meneka Murid A... tetapi murid 2 mengeleng kepala... Murid 1 meneka Murid B, Murid C, dan Murid D... Murid 2 tetap menggelengkan kepalanya...
Keesokan harinya Murid 2 berjumpa lagi dengan murid 1 dengan wajah yang sangat ceria... lalu murid 1 bertanya punca keceriaan murid 2 itu... murid 2 berkata bahawa seseorang yang dia sukai telah menegur dan berbual bersamanya lagi pada hari itu... kemudian murid 1 meneka murid A adalah jejaka yang murid 2 maksudkan... lalu murid 2 tersenyum dan tersipu malu...
Semenjak mengetahui perasaan Murid 2 kepada murid A, murid 2 berfikir bahawa murid 2 lebih layak kerana kecantikan dan kepandaian Murid 2 daripada murid 1, dan berazam untuk melupakan murid A... hari demi hari hubungan murid 2 semakin rapat dengan murid A... Murid 2 akan selalu bercerita kepada Murid 1 setiap perbuatan murid A... Murid 1 berasa senang melihat murid 2 berasa gembira... tetapi setelah beberapa lama, timbul perasaan iri murid 1 dengan murid 2... JENG JENG JENG...
Ok jadi disini kita nak bagi nasihat la kan kat murid 1 tu... ala lek la,x yah la nak iri iri ni... x elok... heee ramai jer lagi jejaka kat kelas tu kan hehe... lagipun bukan ke kita datang kat sini sebab nak belajar kan, jadi tak payah la nak suka suka kat orang ni, nanti tak dapat concentrate belajar lak nanti ok... furthermore kita rasa tak salah pun kalau nak suka kat orang juz suka suka jer... besides kan coupling tu haram, so kalau orang tu suka balik pun bukannya boleh wat pape pun kan hahaha... Sekian

Friday 25 March 2011

Ketika di lecture...

Kekadang saya berasa sangat bosan sementara menunggu lecturer masuk ke lecture hall... lalu terciptalah lukisan rakan rakan disekeliling saya... dan disebabkan kamera yang digunakan tidak berkualiti, maka gambarnya pun tak berkualiti juga la... heeee saje je nak share gambar yang kita lukis...

Ini adalah rakan di hadapan kiri saya...
Ini juga rakan yang lain di hadapan kiri saya...


Dan yang ini rakan yang berada di hadapan kanan saya...
 
Ini pula rakan yang berada di kiri saya...
Dan ini pula adalah saya... comeyl ek heeee.... saya masih lagi sempat berposing ketika gambar saya dilukis oleh diri sendiri heeee...











Thursday 24 March 2011

Jom teka

 Tadi dalam kelas entah macam mana entah, Prof. P lukis lukis and suruh kitorang teka...
So jom main teka teka yer arini... Sila teka apakah gambar gambar yang ditunjukkan di bawah ini...
Figure 1



Figure 2
Figure 3
Teet masa da tamat... heee
k gambar first mesti nampak cam matahari kan... tapi salah ok jawapan itu sebab jawapan dia adalah 'a spider standing on one foot'
Gambar kedua lak mesti cam ufo landing kat padang rumput kan... tapi jawapan tu pun salah gak yer... jawapan dia adalah 'a mexican man frying an egg in a frying pan' heeee
Last sekali mesti ingat kura kura dari pandangan belakang kan... tapi salah jugak sebab jawapan dia adalah 'a woman wiping the floor' tapi kalau nak Islamic sikit nak cakap orang tengah bersujud pun boleh gak heeee...
ok itu jer yang nak disampaikan... sekian.... 


Wednesday 23 March 2011

Kena Tasmid...

Huhu disebabkan kita sangat suka untuk menangguh kerja, haa kan padan muka ari jumaat ni da nak kena tasmid hafazan untuk study circle... ish ish ish... tu la awal awal aritu tak nak hafal kan...
Sebelum ni kena hafal surah al-Mu'minun 1-11, al-Furqan 63-77,ma'thurat kubra, 5 hadis dan 5 doa.
Tapi setelah memujuk dan merayu, dapat la kurangkan jadi surah al-Mu'minun 1-11, al-Furqan 63-77,ma'thurat sugra, 3 hadis dan 3 doa. So arini nak try abiskan hafal, kalau bolehla hehe.... dan kepada kengkawan ku, selamat menghafal yer heeee.....

Tuesday 22 March 2011

Tak aci....

Pada hari yg lainya... Seorang guru pun mengajar 2 murid yg ala-ala cerdik di dalam kelas virology...
Guru: Man is the only natural host for HSV (Herpes Simplex Virus)
Sementelah mendengar penyataan tersebut...
Murid 1: eh mana aci camtu cikgu...
Murid 2: haah naper man jer pulak... Woman nyer mana??...
Guru: haishh kamu berdua ni... man tu bermaksud human being laa... maksud ayat tu bukannyer lelaki adalah satu satunyer host utk HSV... tp 'human being is the only natural host for HSV'...
Dengan itu tamatlah pembelajaran mereka padd hari itu...
In conclusion, janganlah buat direct translation yer ketika di dalam kelas... heeee....

Seminar recycling...

Semalam kat kelas, x-rumate kita buat seminar pastu dia tanya soalan...
What do you think will happened, if only you alone do the 3Rs (reduce, reuse, recycled)... does it make any change at all...
So everyone said "NO"...
She said, yes at first I also think that way but then the story about the bird and Prophet Ibrahim came into my mind... when Prophet Ibrahim was being burnt down, a small bird came and bring water in its beak and pour onto the fire and went back to fetch more water in its beak... and the bird did the same thing back and forth... After seeing that, other animals asked the bird why did he do that as the water he brought is not enough to put out the fire... then the bird answered... " I believed that its my responsiblility to help as surely one day my Lord Allah will ask me what did I do to help Prophet Ibrahim when he's being burnt by the people, and then I can say that i've tried to help him, whereas you all won't have anything to say if you're being asked with the same question (sorry bahasa kucar kacir...)..."
Then she said the same goes in this situation... if one day our Lord Allah asked us what did we do to help to save the world... what can we answered to Allah when that day arrived... so lets all reflect back and lets start by doing just a simple thing like recycling...
Best ok seminar dia... kita suka heee...
Mendalam sangat tau cerita tu... boleh di gunakan dalam banyak situasi... dan ini telah membuatkan kita terfikir dengan banyaknya...
Kalau kita terserempak dengan orang yang susah sangat, apa yang kita buat untuk tolong mereka untuk jawab depan Allah nanti...
Kalau kita ternampak orang yang tua angkat barang, apa yang kita buat untuk tolong mereka untuk jawab depan Allah nanti...
Kalau kita terdengar kesusahan saudara seIslam kita di negara lain, apa yang kita buat untuk tolong mereka untuk jawab depan Allah nanti...
Kalau kita terlihat saudara seIslam kita buat dosa kat depan kita, apa yang kita buat untuk tolong nasihatkan mereka supaya dapat jawab depan Allah nanti...
Hmmm baru kita tersedar betapa kurangnya amalan kita kat dunia ni, kita tak pernah amik kisah akan orang yang susah mahupun orang yang tua... kita tak pernah nak amik tahu pasal dunia luar melainkan dunia kita sendiri dan kita juga akan buat tak tahu bila ternampak orang buat maksiat kat depan kita... 
Semoga entri ni boleh memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya... sama sama yer kita renungkan cukupkah amalan kita di muka bumi ini untuk melayakkan kt masuk ke syurga Allah... Sekian....

Monday 21 March 2011

Cerita dahulu kala...

Pada suatu hari, terdapat 2 orang murid yang ala-ala cerdik sedang mempelajari biochemistry bersama gurunya...
Ketika di dalam kelas telah terjadinya perbualan diantara murid-murid tersebut bersama gurunya...
Guru: Alkaptonuria causes black standing urine...
Setelah mendengar penyataan guru itu tadi murid itu pun berkata...
Murid 1: so kiranyer alkaptonuria ni boleh berlaku kat owg yg kencing berdiri jer la ek cikgu??.. Fuuhhh nasib baek la aku kencing duduk....
Murid 2: abis tu klau owg tu kencing berdiri jadi kaler hitam, kalau dia kencing duduk pulak jadi kaler apa pulak cikgu??..
Guru: ish kamu berdua ni asyik nak buat lawak jer... cuba la serius sikit... black standing urine tu bermaksud "urine will turn black when exposed to air", bukan bermasud kencing berdiri hitam ok....
Sekian tamat la sudah pembelajaran mereka ketika itu...
So, in conclusion, the way you urinate does not affect the colour of your urine... if it turns brown or black when exposed to air, then one of the causes might be alkaptonuria... sekian terima kasih...

Friday 18 March 2011

Kisah sos tomato...

Heee dah lama sangat kita nak tulis cerita ni... cerita ni mengenai bagaimana berlakunya kewujudan sos tomato...
kisahnya bermula begini... jeng jeng jeng....
Pada suatu hari, tinggallah sekeluarga tomato di dalam rumah... keluarga tomato ni terdiri daripada mama tomato dan baby tomato... baby tomato adalah sangat nakal... dia suka bermain main di tepi tingkap... lalu mama tomato memarahinya dan melarang baby tomato untuk bermain di tepi tingkap... keesokan harinya, baby tomato bermain main lagi di tepi tingkap... mama tomato ternampak dan menjadi sebal kerana baby tomato tidak menuruti perintah beliau... tanpa dapat mengawal amarahnya, mama tomato menampar baby tomato... tamparan mama tomato terlalu kuat menyebabkan baby tomato itu tadi terpelanting ke cermin tingkap dan terpenyek.... lalu melimpah ruah ke ladang gandum dan puff jadilah koko krunch.... eh salah lalu terciptalah sos tomato heeee....
Tapi klau nak ending yang lebih besh:...
 sementelah terpenyeknya baby tomato, mama tomato dengan tidak sengaja telah menjilat baby tomato yang terpenyek tadi dan merasakan keenakan dan kelazatan baby tomato... lalu dengan itu mama tomato telah mendapat idea untuk melariskan dan mendapat keuntungan dengan menjual baby tomato yang terpenyek itu tadi (yela kan tak elok membazir)... ketika dalam perjalanan ke pasar untuk menjual baby tomato yang terpenyek... tiba tiba.... peekkkk..... seorang orang telah terpenyek kan mama tomato dan baby tomato yang terpenyek itu... pada masa yang sama, mama tomato yang terpenyek itu telah terpecik ke mulut orang itu... ini telah menyebabkan orang itu merasakan keenakan daripada hasil kepenyekkan mama tomato dan baby tomato yang terpenyek itu tadi.... lalu orang itu telah mendapat idea untuk melariskan tomato penyek dan menamakan produknya sbgai sos tomato... 
 The end...
heeee sowi yer ini cerita rekaan semata mata... ni lah hasilnya apabila seorang orang sudah kebosanan dan tak sabar menanti esoknya tiba heeee....

Thursday 17 March 2011

Ikan Aji Aji

During the lab briefing... entah macam mana entah Prof N tanya kat semua orang... "you all must know Ikan Aji Aji right?.. This fish aa have all male fish only you know..." dan semua orang pun terkezut dan bertanya sesama sendiri..." Then how can they reproduce??.." dan Prof N pun cakaplah... "You don't know aa, have you heard ikan ajah ajah b4, no right... so the fish are all male la..hehehe..."...dan ketika itu terjawablah segala persoalan yang terbuku di fikiran... eh eh boleh faham ke cerita ni?? ala kalau tak faham buat buat faham jer la ek heee....

Wednesday 16 March 2011

In microbiology lab

In the lab we should not supposed to put or read our notes on the experimenting bench (sorry, broken english)... but since I'm a forgetful kind of a person,so I did it anyway... Then suddenly, came Prof N. my mentor approaching me from the back... Realising my mistake, I quickly say "opps opps sorry sorry" then I quickly ran hiding behind one of my lab partners... After that I heard Prof N. said something... I really thought that he wanted to scold me or something so I juz do the 2 things I know best which are to look down and be totally silent heee... after hearing Prof N., all of my friends suddenly become eager and stared at me and said " haah la ada ada..." and another said "mana mana, x nampak pun" and the other answered "tu yg tu tu..." and the other replied " haah nampak nampak..." and I become agitated and start to listen what Prof N said... "You have subconjunctival haemorrhage"... and I said "What??!!" with my blurry eye and confused face.... Prof N. answered " If I said you have it then it's means that I can clearly see it" 
Me again become even more confused... So I asked them" apa, apanya, ada apa??"... they said " tu kat mata awak tu ada garis garis".... " garis garis apa, ada apa??" I asked them impatiently...
Then after seeing me becoming worried he said... " H.....h don't worry, it's a normal thing, even some of the Drs don't realized it until someone else told them so... so do not worry, it will go away after a few weeks... it happens due to rupture of small capillaries due to high pressure maybe cause by crying so much... so don't worry ok..." and I said "owh ok..."
Tapi dalam hati saya berkata 'wow pandainya Prof N teka'... I do cried last night... and I even cried myself  to sleep that day... so I really am impressed with Prof N. he even can remember my name who is totally a nobody and that totally makes me feels like I'm a somebody... Thank you Prof N...
Then after he left, I said to them... " la ingatkan Prof N cakap pasal yang ni tadi..."and at the same time showing them my birth mark in my eye... All of them become surprised after seeing it and call after Prof N again... I said "eh eh tak yah la panggil lagi dah..." after that they said "tunjuk jer tak per..." ... dan dalam hati saya pun berkata 'amboi sesuki je yer nak kata tak pe pulak...' hmmm then nak tak nak kena la tunjuk jugak... Prof N pun kata "you had it a long time ago is it..." and I nodded my head... " nevermind there is nothing to worry about it juz that you wont be able to lose it lah.. dont have to worry lah..."
So now I know, before this i really thought that my birthmark is a kind of a mole(tahi lalat)... rupa rupernya ianya adalah subconjunctival haemorrhage... ngeh ngeh begitulah ceritanya.... disebabkan kita tak tau nak letak gambar camne, jadi kita letak lain kali jer la heee....

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama memendam rasa, akhirnya tercipta juga blog ku sendiri...
Di sini akan ku luahkan segala yang terbuku dan segala yang terpendam dan juga segala yang tak terucapkan dan yang tak mampu diucapkan...and NOW IS JUST THE BEGINNING TO EVERYTHING...