Friday 18 March 2011

Kisah sos tomato...

Heee dah lama sangat kita nak tulis cerita ni... cerita ni mengenai bagaimana berlakunya kewujudan sos tomato...
kisahnya bermula begini... jeng jeng jeng....
Pada suatu hari, tinggallah sekeluarga tomato di dalam rumah... keluarga tomato ni terdiri daripada mama tomato dan baby tomato... baby tomato adalah sangat nakal... dia suka bermain main di tepi tingkap... lalu mama tomato memarahinya dan melarang baby tomato untuk bermain di tepi tingkap... keesokan harinya, baby tomato bermain main lagi di tepi tingkap... mama tomato ternampak dan menjadi sebal kerana baby tomato tidak menuruti perintah beliau... tanpa dapat mengawal amarahnya, mama tomato menampar baby tomato... tamparan mama tomato terlalu kuat menyebabkan baby tomato itu tadi terpelanting ke cermin tingkap dan terpenyek.... lalu melimpah ruah ke ladang gandum dan puff jadilah koko krunch.... eh salah lalu terciptalah sos tomato heeee....
Tapi klau nak ending yang lebih besh:...
 sementelah terpenyeknya baby tomato, mama tomato dengan tidak sengaja telah menjilat baby tomato yang terpenyek tadi dan merasakan keenakan dan kelazatan baby tomato... lalu dengan itu mama tomato telah mendapat idea untuk melariskan dan mendapat keuntungan dengan menjual baby tomato yang terpenyek itu tadi (yela kan tak elok membazir)... ketika dalam perjalanan ke pasar untuk menjual baby tomato yang terpenyek... tiba tiba.... peekkkk..... seorang orang telah terpenyek kan mama tomato dan baby tomato yang terpenyek itu... pada masa yang sama, mama tomato yang terpenyek itu telah terpecik ke mulut orang itu... ini telah menyebabkan orang itu merasakan keenakan daripada hasil kepenyekkan mama tomato dan baby tomato yang terpenyek itu tadi.... lalu orang itu telah mendapat idea untuk melariskan tomato penyek dan menamakan produknya sbgai sos tomato... 
 The end...
heeee sowi yer ini cerita rekaan semata mata... ni lah hasilnya apabila seorang orang sudah kebosanan dan tak sabar menanti esoknya tiba heeee....

No comments:

Post a Comment