Tuesday 29 March 2011

Jom bercerita...

Pada suatu hari Murid 1 ternampak seorang Murid A yang baik lagi handsome lalu Murid 1 pun tersuka la kat Murid A itu walaupun tidak mengetahui nama murid A itu... Setelah beberapa tahun, Murid 1 berada di kelas yang sama dengan murid A dan murid A selalu membantu murid 1 ketika disoal rakan lain... semakin lama semakin suka lah murid 1 dengan murid A...
Pada masa yang sama murid 1sangat rapat dengan murid 2, dan lalu mereka berkawan baik... mereka sentiasa bercerita masalah dan berita gembira sesama mereka... 
Pada suatu petang, murid 2 datang ke bilik murid 1 dengan wajah yang sangat gembira... lalu murid1 bertanya punca kegembiraan murid 2 itu... murid 2 berkata bahawa seseorang yang dia sukai telah menegur dan berbual bersamanya... lalu murid 1 bertanya lagi, siapakah gerangan jejaka itu... murid 2 berkata bahawa dia segan untuk memberitahu murid 1 dan menyuruh murid 1 untuk meneka... murid 1 meneka Murid A... tetapi murid 2 mengeleng kepala... Murid 1 meneka Murid B, Murid C, dan Murid D... Murid 2 tetap menggelengkan kepalanya...
Keesokan harinya Murid 2 berjumpa lagi dengan murid 1 dengan wajah yang sangat ceria... lalu murid 1 bertanya punca keceriaan murid 2 itu... murid 2 berkata bahawa seseorang yang dia sukai telah menegur dan berbual bersamanya lagi pada hari itu... kemudian murid 1 meneka murid A adalah jejaka yang murid 2 maksudkan... lalu murid 2 tersenyum dan tersipu malu...
Semenjak mengetahui perasaan Murid 2 kepada murid A, murid 2 berfikir bahawa murid 2 lebih layak kerana kecantikan dan kepandaian Murid 2 daripada murid 1, dan berazam untuk melupakan murid A... hari demi hari hubungan murid 2 semakin rapat dengan murid A... Murid 2 akan selalu bercerita kepada Murid 1 setiap perbuatan murid A... Murid 1 berasa senang melihat murid 2 berasa gembira... tetapi setelah beberapa lama, timbul perasaan iri murid 1 dengan murid 2... JENG JENG JENG...
Ok jadi disini kita nak bagi nasihat la kan kat murid 1 tu... ala lek la,x yah la nak iri iri ni... x elok... heee ramai jer lagi jejaka kat kelas tu kan hehe... lagipun bukan ke kita datang kat sini sebab nak belajar kan, jadi tak payah la nak suka suka kat orang ni, nanti tak dapat concentrate belajar lak nanti ok... furthermore kita rasa tak salah pun kalau nak suka kat orang juz suka suka jer... besides kan coupling tu haram, so kalau orang tu suka balik pun bukannya boleh wat pape pun kan hahaha... Sekian

1 comment:

  1. saya sokong! saya sokong!~ x salah kalau just suka2 kan? heheh~
    ;)

    ReplyDelete