Tuesday 29 March 2011

Tepati masa...

Saya sangat tidak gemar dengan orang yang tidak menepati masa... Please la, klau tak jadi plan tu cakap awal awal boleh tak... klau sekali dua tak pe... tapi ni setiap kali macam tu... ish menyusahkan orang je ok...
ari sabtu aritu adala orang tu, da setuju and plan nak gi makan satu group hari selasa... so semua pun ok jer la kan... pastu semalam group Pbl nak celebrate birthday ari selasa gak... so kita katala kita x boleh join sebab da ada plan dulu da nak keluar hari selasa so disebabkan itu mereka membatalkan birthday surprise pada hari selasa...
Selepas habis kelas, ketika berehat rehat di bilik, kemudian saya pun telah mendapat perkhabaran bahawa plan itu telah ditundakan... itu pun nasib baik kawan kita call orang tu tanya jadi ke tak... cuba kalau tak tanya, nanti klau da siap siap semua sekali baru tau x jadi kan lagi geram... kt x kisah pun kalau tak buat pun kuar makan sama sama tu... tapi atleast bagitau awal awal la kalau tak jadi... Kalau tak, takde la kita tundakan birthday surprise tu...
Pastu yang wat kita geram tu sebab orang tu suka wat macam ni... contohnya dia janji pukul 10 malam wat perjumpaan, pastu tunggu punya tunggu, pukul 10.45 baru tiba...  pernah sekali tu dia janji pukul 9, orang da siap siap, pastu kul 9 baru message kata tunda kul 9. 30... ada tu pulak janji kul 8, pastu orang semua da datang da, pastu kul 8.10 baru nak bagi message kata dia lewat 10 minit, last last 8.35 baru tiba... ada sekali tu lagi geram, janji kul 10, kul 10 semua tiba, tunggu punya tunggu punya tunggu da sampai 10.30, tak tiba tiba gak... last last ada kawan kita call orang tu, orang tu dengan selambanya cakap perjumpaan dibatalkan dan dia lupa nak bagitau... sowi yer walaupun anda memakai tudung labuh dan berpudah, terus hilang respect saya kat anda... sila tepati masa yer kerana masa itu sangat penting dan jangan sesuki jer nak waste kan masa orang dengan menunggu anda yang tidak pandai menepati masa itu... maaf la saya mengungkit disini... jangan yer terasa hati kerana semua ni adalah kenyataan tentang perbuatan yang telah anda lakukan... sekian

No comments:

Post a Comment