Saturday 24 May 2014

Ortho 2 : POP

POP tu bukan gula gula yang meletup letup kat dalam mulut mahupun benda kecik bulat ala ala mercun versi benign yang kita main di kala menjelang hari raya yang kita baling meletup tu ye.. but POP stands for plaster of paris... Sebelum masuk ortho tak tau pun kewujudan nama plaster of paris yang sedap itu... Ini bermakna betapa ceteknya ilmu saya sebelum ini haha..
     Nak cerita pengalaman kita di bilik POP waktu posting ortho ni... Sangat tak best duduk kat bilik POP sorang sorang dengan MA2 yang ada kat situ.. Kenapa tak best awak tanya? (Ceh macam ada orang tanya la konon, padahal bermonolog sendirian je ni heee...)
      Hmmm, tak best sebab kita rasa diorang sangat la tidak menghormati orang lain... Cakap Dr tu lembab la, Dr tu inila, Dr ni itula.. Hmmm Diorang berkata seolah-olah merekalah yang mengetahui segala ilmu pengetahuan yang berada di muka bumi ni... Kita tau diorang memang pakar dalam bidang POP ni dan berniat nak mengajar orang lain.. tapi tak boleh ke mengajar dengan elok tanpa mengeluarkan perkataan yang tidak sedap didengar di telinga orang lain.. Ajar elok elok kan boleh.. macam mana orang lain nak respect diri anda kalau anda tidak tahu nak respect orang lain?
      Hari tu, ada sorang MA ni tanya mentor kita sape, and kita cakap la P.K and Ms. Ar. and dia pun jawab nasib baik sebab kalau anak murid Mr. S da kena halau dah dgn saya... tergamam diriku seketika... Tapi tak boleh la macam tu, disebabkan Mr. S pernah marah dia, so dia nak halau mentee Mr. S pulak, habis tu diorang nak tengok POP kat mana lagi?
      Pastu waktu oncall semalam, ada HO mintak tolong MA tu wat kan Robert Jones bandage. Pastu dia suruh HO tu cuba wat sendiri.. Kita tau dia nak suruh Dr tu experience wat sendiri tapi tak boleh ke tunjuk elok elok.. Ini tak, da la suruh orang yang tak pernah buat untuk buat pastu cakap tak cantik la, tak kemas la, kalau saya buat lagi ok la.. tapi masalah nya mana boleh anda nak compare diri anda tu yang dah bertahun buat kerja tu dengan orang yang first time nak buat, meme la anda punya akan lebih cantik, kemas dan ok daripada Dr tu punya... Jangan la treat orang lain tu bodoh dan jahil sangat..
      Manusia ni bukan nyer tau semua benda, disebabkan anda pun manusia juga, maka tak de lah besar mana pun ilmu pengetahuan anda kalau nak dibandingkan dengan pengetahuan Allah Taala.. Tak boleh la kita nak memandang rendah orang lain disebabkan kita ni pakar dalam sesuatu bidang tu.. Ingatlah bahawa semakin banyak ilmu yang dituntut semakin sedikit ilmu yang diketahui... Ini adalah kerana ilmu pengetahuan tiada batasan...
      Bersyukurlah kerana Allah mengurniakan memori kepada kita yang membolehkan kita mengingati ilmu... Semoga Allah sentiasa menguatkan memori kita dalam menuntut ilmu...

No comments:

Post a Comment